Berblogwalking ke blog FOREVER ROSE memberikan saya idea untuk memperkatakan tentang topik ini. Pagar rumah atau memagar rumah. Bukan pagar besi atau tembok batu seperti dalam gambar di bawah niii. Ini pagar rumah dalam istilah kata menggunakan cara halus. Samaada dengan menggunakan bacaan ayat Al-Quran, doa, amalan-amalan tertentu atau mendapatkan khidmat pakar samaada mengikut lunas Islam atau tidak.
gambar google
Bagaimana dengan kamu? Adakah kamu mempercayai keberkesanan cara ini? Pada suatu masa dulu saya pernah diajar cara memagar rumah mengunakan bilah buluh ayam panggang yang boleh didapati dipasar malam tu. Pajakkkan bilah tersebut di penjuru rumah diikuti dengan bacaan ayat yang diberi. Tujuan rumah dipagar tak lain dan tak bukan untuk mengelakkan perkara buruk daripada berlaku seperti rumah dumasuki pencuri/ perompak ataupun dimasuki makhluk halus.
Yang buat saya tertarik tentang topik ini ialah saya pernah mengalami pengalaman rumah dimasuki perompak. Bukan rumah saya... tetapi rumah arwah tok. Masa tu perompak masuk untuk mengambil barang-barang berharga dalam rumah. Setelah mereka kumpulkan barang tersebut mereka seperti buntu kerana tidak jumpa jalan keluar. Setelah berpusing beberapa kali... akhirnya, perompak tersebut akur dan mengambil keputusan untuk tidak membawa apa-apa pun hasil rompakan keluar dari rumah tok. Bila mereka berniat untuk tidak merompak... mereka pun dapat keluar dengan selamat.
Bagaimana dengan pandangan masyarakat kini yer? Masih adakah yang memilih untuk memagar rumah mereka sebelum menduduki rumah tersebut? Satu yang perlu diingat... sebelum memagar rumah... penyingkiran segala penghuni halus dari rumah harus dilakukan terlebih dahulu. Kalau tidak... mereka akan tetap berpenghuni tanpa jalan keluar. Kamu ada pengalaman mengenai perkara ini?