Alhamdulillah... Hari Terbuka sekolah telah berlangsung dengan jayanya. Lebih separuh ibubapa yang hadir untuk bersemuka dengan saya bagi mengetahui perkembangan pelajaran anaknya. Tiada pertelingkahan berlaku. Ramai yang mengenali anak masing-masing. Cuma... sedikit terkilan dengan ibubapa pelajar yang lemah. Mereka tidak hadir dengan alasan tak boleh cuti. Saya meninggalkan pesanan pada anak murid... minta ibubapa hadir juga kerana ada hal penting yang ingin diperkatakan.
Dalam banyak-banyak ibubapa yang hadir tu... ada lah satu yang menarik perhatian. Seorang ibu bertanyakan tentang tahap akademik kelas saya. Benarkah kelas saya ni kelas murid lemah seperti yang didakwa oleh anaknya. Maksudnya... kelas ni kelas hujung. Asalnya.. murid tersebut merupakan murid baru di sekolah ini. Dulu dia belajar di Kuala Lumpur.
Terkejut saya mendengar ayat yang dituturkan oleh anaknya. Budak tu budak perempuan. Nampak baik jer dalam kelas. Sesuka hati jer dia nak ngata kawan-kawan dia. Saya pun memberi penjelasan tiada pengasingan kelas di sekolah ini. Yang ada.. hanya satu kelas projek dimana 35 orang pelajar terbaik yang terpilih ditempatkan dan kelas-kelas yang lain pula sama rata. Saya juga menjelaskan yang anaknya patut bersyukur belajar dalam kelas saya kerana muridnya baik-baik belaka kalau nak banding dengan kelas-kelas yang lain. Sebenarnya... murid-murid tahun 3 tahun ni.. kebanyakkan tidak menimbulkan masalah.
Rasa nak basuh jer budak tu nanti. Kalau di sekolah lama dia masuk kelas yang pandai pun tapi di sini dia tak dapat yang terbaik pun. Ada lagi rakan dia yang lebih bagus keputusannya. Sampai hati dia mengata rakan-rakannya. Dia kata kawannya bodoh tapi dia tak dapat pun menandingi kebodohan kawan dia. Nak kena didik budak ni supaya tak pandang tinggi kebolehan diri sendiri dan memperlekehkan kelebihan orang lain.
Masalahnya.. budak ni nampaknya pandai memutar belitkan cerita. Pernah masa dia mula daftar kat sekolah ni... saya pun minta lah nombor telefon ayah dia. Katanya.. dia tak tahu. Saya pun bisinglah.. macamana nombor telefon ayah tak tahu. Kalau jadi apa-apa kan susah. Rupa-rupanya.. mak ayah dia dah bercerai... manalah saya tahu kalau tak cerita. Balik rumah... dia cerita kat mak dia yang saya paksa-paksa berikan nombor telefon ayah. Hari tu... mak dia pun beritahu dan minta saya tak tanya sangat pasal ayahnya... nanti anak dia stress.
Kalau saya basuh kang... tah apa cerita pula yang dia sampaikan pada mak dia... tapi... saya nak basuh juga. Agak-agaknya... apa ayat terbaik untuk saya gunakan supaya dia dapat faham dan tidak akan memutar belitkan cerita. Baru tahun 3 tuuu... kalau dibiarkan... parah bila besar nanti niii.
sekadar gambar hiasan
(sumber; google)
soksek: alhamdulillah dia tak komplen pasal cikgu dia ni...