TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Sunday, June 27, 2010

Duit Nuffnang dah berkepuk-kepuk - Bila nak cashout?

Sila abaikan perkataan berkepuk-kepuk dalam tajuk. Takde banyak mana pun tapi syukur alhamdulillah. Kalau nak cashout... dah lepas dah. Bila tengok ramai rakan-rakan blogger yang cashout earning masing-masing, rasa teringin juga. Tapi kan... masa mula pasang iklan dalam blog ni mula-mula dulu... saya dah tetapkan... dah setahun berblogging... baru nak cashout. Nak tengok hasil setahun berblogginglah katakan.

Ada cerita yang dibaca dari sumber-sumber blogger lama mengatakan... kalau dah boleh cashout tu lebih baik cashout. Bila dah cashout... lagi laju jer earning tu bertambah nanti. Kalau tak... macam kura-kura jer earning tu nak bertambah. Sejauh mana kebenarannya.. mungkin ya kot. Ialah... mereka blogger lama... mungkin bercerita melalui pengalaman. Ada juga yang kata... daripada biar membiak dalam akaun Nuffnang tanpa faedah... lebih baik cashout dan simpan dalam bank.

Niat di hati nak beli kamera dengan duit Nuffnang yang bakal diperolehi nanti. Yang ada sekarang... tak lepas lagi. Kamu rasa macamana yer.. nak cashout ke atau nak tunggu setahun?
idak ler sampai nak beli kamera camni... yang biasa-biasa pun okey dah..