TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Monday, June 28, 2010

Menjadi mangsa keadaan - Perlukah kita pasrah?

Mangsa keadaan? Dalam ertikata... kita tidak bersalah tapi dipersalahkan akibat situasi, masa atau berada di tempat yang salah. Mungkin juga menjadi kambing hitam. Apa langkah yang sepatutnya kita ambil? Pasrah atau berjuang bermatian-matian mempertahankan diri sendiri? Apa pula yang perlu kita lakukan jika kesalahan yang tidak kita lakukan disertai dengan bukti-bukti yang menunjukkan kitalah pesalahnya? Kalau ianya tidak melibatkan hidup dan mati.. mungkin kita boleh pasrah. Bagaimana jika ianya bersabit dengan undang-undang. Yang boleh membawa kepada hukuman seperti amaran, dibuang kerja atau pun mungkin dipenjarakan? Lebih menakutkan jika ianya sampai ke hukuman gantung sampai mati.


gambar google

Sebagai contoh... kawan saya pernah mengalami satu kejadian dimana dia menjadi mangsa keadaan ketika satu eksiden kejar mengejar antara polis dan pengedar dadah. Pesalah yang dikejar telah memasukkan bungkusan dadah ke dalam beg rakan saya ni tadi tanpa disedari. Anjing polis yang mengejar bersama polis telah meluru ke arah kawan saya dan mengeluarkan bukti yang dikehendaki. Akibatnya... kawan saya pula yang dituduh sebagai pesalahnya. Bagaimana dia nak mempertahankan dirinya? Bukti di depan mata. Segala alasan yang diberi tidak diterima dan di anggap sebagai cara untuk melepaskan diri. Tiada saksi yang tampil membantu. Perlukah dia redha pada apa yang ditetapkan pada takdirnya. Kalau dia ingin berjuang... bagaimanakah caranya?

Sesungguhnya yang berlaku memang ada hikmahnya. Kita perlu merenung kembali diri dan kenapa diri ditimpa dengan ujian yang sedemikian. Allah tidak akan menduga hambanya yang tidak mampu menghadapi setiap ujian. Kebenaran akan muncul juga akhirnya jika kita berada di pihak yang benar dan yakin dengan kasih sayang Allah swt. Namun begitu... adakah kepercayaan yang diperolehi selepas bebas dari kesalahan sama seperti dahulu? Berapa ramai yang pasrah dan terus menyerahkan dirinya kepada Allah swt berbanding dengan mereka yang menyalahkan keadaan atas apa yang berlaku?

Kamu pernah jadi mangsa keadaan? Adakah kamu berjuang bermatian-matian mempertahankan diri kamu atau kamu hanya berdiam diri dan berdoa segala kebenaran akan muncul suatu hari nanti? Yang mana satu pilihan kamu? Alasannya?