TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Tuesday, May 18, 2010

Bila murid nakal beri hadiah - Cikgu pun rasa was-was

Entri ini tiada kaitan dengan anak murid saya. Menerima satu panggilan telefon di pagi hari semalam  dengan satu pertanyaan dan rasa was-was. 

Puan, anak puan ni ada bawa hadiah ke sekolah... katanya nak bagi kat Cikgu M... betul ke puan? Saya bukan apa... risau jika hadiah ini barang puan... yang diambil tanpa kebenaran puan...

Huhuhu... sian anakku. Nak bagi hadiah pun cikgu tak percaya. Panggilan daripada cikgu KEMAS adik. Sebenarnya salah saya juga kerana tidak menulis apa-apa di situ. Main bagi jer... Sila ambil pengajaran.

Pernah terjadi pada kawan saya sewaktu kami praktikum dulu. Punyalah tercengang-cengang kawan ni bila seorang ibu datang dan menuntut kembali hadiah yang diberikan oleh anaknya. Sepasang kain. Katanya... anak dia ambil kain yang dia berniaga tanpa kebenarannya. Dia mahu semula kain itu. Masalahnya tak perlulah bebel kat kawan saya tu.. ini diserang macam kawan saya yang minta anak murid tu beri.

Kalau sekalipun anak saya mengambil barang rumah dan memberi pada cikgunya.... saya halalkan asalkan tak melibatkan barang yang terlalu berharga. Hadiah itu memang benar untuk cikgu... terimalah tanpa rasa was-was.

Adik bawa hadiah ini untuk cikgu KEMASnya... lepas ni.. badan cikgu akan semakin gebu dan harummm...