TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Tuesday, May 18, 2010

JELAJAH BLOG versi 4.0 BEN ASHAARI

Bila burung puyuh ingin bertukar rupa menjadi burung merak, helang atau murai... pasti sesuatu yang ingin dicari dan bukan sekadar menjadi santapan selera. Menyertai JELAJAH BLOG versi 4.0 BEN ASHAARI.

Ben Ashaari yang sentiasa penuh dengan idea-idea yang ngetop!

Ingin dikenali sebagai Cikgu Isza dalam dunia blog ni. Isza tu hanya nama samaran walaupun bunyi-bunyi tu ada persamaan dengan nama sebenar. Blog ni wujud bila saya mula membina minat di alam maya. Baru berjinak-jinak dengan dunia internet. Masa mula pasang internet.. penuh pertanyaan internet ni nak guna untuk apa lagi? Memang saya ketinggalan mengenai ini di dunia sebenar. 

Memikirkan apa imej yang perlu saya bawa akhirnya saya memilih untuk menceritakan tentang perkara terdekat dengan saya. Peribadi.. sekeliling...kerjaya. Sebagai guru yang mengajar matematik saya cuba mewujudkan entri belajar matematik dengan harapan sedikit sebanyak dapat membantu blogger-blogger dalam mendidik anak-anak mereka. Tidak bertujuan memperlekehkan... kita perlu faham kehendak sukatan pelajaran kini tidak lagi sama dengan zaman kita dahulu dan ianya akan sentiasa berubah mengikut peredaran zaman.

Saya mengetahui segmen ini dari blog Ben Ashaari sendiri. Bermula dari bawah semula memang perlu kerana tidak selalunya kita berada di atas.