TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Tuesday, May 18, 2010

Darah muda mengelegak - Kambing turut jadi mangsa

Pantang nampak kambing je mesti teringat kenangan lama. Ada pulak kambing kat taman ni. Abis pokok bungaku dikerjakan. Kambing siapakah gerangan? Kambing oh kambing... kenapa ada perumpamaan senyum kambing?

(gambar google)

Kisah yang berlaku tidak sempat menyaksikan segaris senyuman pun di bibir kambing. Kambing itu terbang menjadi superman akibat dilanggar olehku. Itulah kambing... dah tahu orang baru belajar bawa motor... yang pi melintas dan berhenti mengejut di tengah jalan ngape? Hon diberi tanpa sempat membrek.. dan ia pula buat U turn... akibatnya?

Tak tahu lah apa jadi kat kambing tersebut. Rasanya masih terselamat di situ. Motor dipecut kerana dijerkah oleh tuan punya kambing. Cabuttt... Sila jangan tiru aksi ini. Ini kat kawasan felda.. kambing dan seangkatan dengannya jer buat roadblock. Kat luar felda jangan dibuat! Kat felda sekarang pun dah tak macam felda dulu.

Itulah kenangan waktu remaja. Waktu darah masih mengelegak. Dalam perangai sebegitu boleh juga ada yang berkenan. Datang membawa utusan peminangan. Ehhh... nak pinang cucu yang mana ni?.. Opah bertanya. Cucu perempuan yang selalu bawa motor berdesup laju atas bukit tuu. Haru!