Bukan hadiah yang menjadi penilaian kasih sayang mereka. Hati terharu atas ingatan yang diberikan. Setelah dilanda kekecewaan semalam. Meletakkan status berikut di facebook...
Hati yang remuk dan kecewa kerana terasa seperti gagal membentuk sahsiah mereka. Status ditujukan untuk murid tahun enam yang berada dalam kelas yang kononnya pandai. Memang mereka semakin berubah dan sangat-sangat berubah. Adakah mereka merasa mereka cukup pandai dan berjaya kerana kepandaian sendiri. PKSR 1 menunjukkan prestasi mereka yang merosot. Mereka meletakkan status mengenainya tapi tidak mengambil pengajaran daripada apa yang dilalui.
Takkan membiarkan Si Luncai terjun dengan labu-labunya. Tinggalkan mereka barang seketika. Terharu atas ingatan yang wujud dalam fikiran mereka-mereka yang menghulurkan hadiah dan salam ucapan. Paling terharu bila mereka ini datangnya daripada murid tahun 6 yang berada dalam kelas pemulihan. Kalau ada kata-kata yang cikgu lebih menyayangi mereka yang pandai.. itu silap sama sekali. Kerana sayangkan yang lemahlah.. maka cikgu-cikgu tidak jemu memarahi, membebel dan menasihati. Marah itu tandanya sayang.
Hamper... bukan anak murid bagi. Ada seorang cikgu yang dapat cabutan bertuah. Katanya.. dia tak makan semua ni. Bagi kat anak-anak saya. Rezeki anak-anak. Jangan tak percaya hamper ni dah licin...
14 kuntum bunga daripada 14 orang anak murid. Esok nak gubah dan letakkan atas meja guru. Mesti berseri-seri.
Patung Bear ni nampak jer macam besar... sebenarnya comel jer. Boleh selit kat bunga-bunga di atas tu nanti.
Tau-tau je bebudak ni yang cikgu dia suka letak duit syiling merata-rata. Pen merah ada dua jer.. tahun ni tak banyak dapat pen merah.
Bekas alatulis. Comel kan? Nak letak atas meja guru juga. Suka...
Cukup barang kemas. Cincin ada. Brooch ada. Gelang tangan Avon pun ada. Jangan risau.. cincin tu bukan cincin emas. Kalau emas saya pun risau.
Frame comel dan piring hiasan. Boleh letak kat almari hiasan.
Jam pasir. Kedai buku yang jual hadiah ni.. ramai murid-murid beli.
Haaa... yang ni mesti MAT GEBU suka. Letak kat almari hiasan juga.
kad-kad ucapan. Ada yang buat sendiri... ada yang beli.. kata-kata dalam tu yang menyentuh jiwa..
Pergi ke kedai membeli barang,
Barang dibeli ialah roti,
Walaupun cikgu sungguh garang,
Cikgu sebenarnya baik hati
(tau takpe.. hehehe)
Ini hadiah yang dapat untuk tukar-tukar hadiah sesama guru. Mangkuk ni boleh masuk oven. Ustazah yang bagi. Anak dara lagi tauuu..
Cikgu cuma harapkan anak murid cikgu berjaya dalam pelajaran dan cemerlang dalam sahsiah. Semoga arus perubahan zaman tidak mempengaruhi tingkahlaku mereka...