TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Tuesday, April 27, 2010

TULIS DAN MENANG Ariffshah.com - Undian sudah bermula... tiba-tiba teringin nak jadi popular

Di petang yang mendamaikan ini, dengan perasaan rendah diri, saya memerlukan berjuta-juta sokongan daripada anda yang mengunjungi blog ini untuk mengundi saya bagi Contest TULIS DAN MENANG Ariffshah.com untuk penyertaan paling popular. Kerana menyedari diri yang memangnyer tak fofular ini... sudilah kiranya pengunjung-pengunjung yang baik hati memberi saya kesempatan untuk berasa fofular barang seketika.

Anda bolehlah membuat undian di link yang tertera di bawah ini...

Undilah saya, 'Isza' bagi membantu saya merealisasikan impian yang tinggi menggunung bak Banjaran Titiwangsa. Anda boleh melihat entri penyertaan saya yang berwarna warni di SINI

Sesungguhnya kehadiran SEMEKAR KASIH tiada ertinya tanpa sokongan anda semua. TERIMA KASIH saya ucapkan dan saya amat menghargai apa yang anda lakukan untuk kebaikan SEMEKAR KASIH. Cikgu Isza sayang semua.