TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Saturday, March 6, 2010

Tulis & Menang Ariffshah.com

 
Kontest Tulis & Menang adalah anjuran bersama sitikus.comorange4k.comariffshah.com. Hadiah wang tunai ditaja oleh kujie2.commrs.kay.mymyliriklagu.com & denaihati.com


Takde idea nak tulis blog? Nak tulis blog dan menang duit? Senang jer. Berminat untuk sertai???
Klik SINI
Ceritakan tentang blog anda/blog kegemaran anda. Apakah keistimewaan blog anda/blog kegemaran anda?
  
 memilih untuk menceritakan keistimewaan blog sendiri...
'SeMekaR Kasih'
Saya tahu kontest Tulis & Menang ariffshah.com dari blog ariffshah.com 


Tuan punya blog
Assalamualaikum salam pembuka bicara dari tuan empunya blog ---> chekguisza.blogspot.com


Keistimewaan tuan empunya blog yang merupakan seorang guru sekolah rendah yang telah memasuki usia 14 tahun sejarah perkhidmatannya. Kiranya, masih dalam usia seorang anak yang sedang memasuki alam remaja. Mempunyai pengalaman dalam mengajar subjek matematik, sains dan pendidikan seni visual. Ibu kepada dua anak soleh yang sedang membesar dan baru nak berjinak-jinak dengan dunia maya.

SeMekaR Kasih


Keistimewaan tajuk blog 'SeMekaR Kasih'.  'SeMekaR Kasih' menggambarkan rasa cinta saya pada dunia pendidikan. Dunia pendidikan di sini bukan hanya melibatkan kerjaya saya sebagai seorang guru tetapi turut merangkumi pendidikan sebagai seorang ibu yang mepunyai 2 anak yang sedang membesar. 

Keistimewaan header dan templates 'SeMekaR Kasih'. Gambar bunga di dalam template mewakili mekarnya kasih yang diberi dan note lagu pula mengambarkan keriangan / kegembiraan yang diperolehi. Warna latarbelakang template 'SeMekaR Kasih' melambangkan kehidupan alam dan warna2 ceria yang menghiasi sidebar template 'SeMekaR Kasih' melambangkan warna2 kehidupan. Selain itu, keistimewaan turut diberikan kepada jenis font  di mana saya lebih selesa membesarkan hasil tulisan saya supaya mudah untuk dibaca oleh pengunjung2 blog ini.

Entri2 di SeMekar Kasih
'SeMekaR Kasih' mempunyai keistimewaan dalam pengelasan entrinya dimana saya mengelaskannya kepada 3 kategori yang utama.

Pendidikan Formal:
 
Kebanyakkan entri yang ditulis adalah berkaitan dengan matematik. Sasaran untuk entri yang berbentuk pendidikan formal ini ialah ibu bapa yang mempunyai anak2 di sekolah rendah dan juga untuk guru-guru yang sama2 terlibat dalam bidang pendidikan. Entri yang ditulis diharap dapat menambahkan kefahaman ibu bapa dan guru-guru tentang matematik sekolah rendah dan seterusnya dapat digunakan dalam memantau cara belajar anak2 mereka. 

Selain itu, saya turut menyentuh tentang matapelaran Pendidikan Seni Visual. Dalam entri ini, saya berkongsi pengalaman saya dalam mengajar tajuk seni. Kebanyakkan entri yang di tulis adalah pengajaran yang telah saya lakukan sendiri di sekolah. Entri ini bertujuan untuk membantu guru2 yang bukan opsyen PSV yang selalu buntu dalam mencari idea untuk menjayakan proses P&P.

Pendidikan tidak formal:
Entri yang dikelaskan dalam kategori pendidikan tidak formal pula selalunya menyentuh tentang ilmu2 lain yang di perolehi yang boleh dikongsi supaya dapat dijadikan panduan bersama. Ilmu yang dikongsi kebanyakkan lebih berkisar tentang anak2. Ada di antaranya diubahsuai dari pembacaan yang di perolehi dan ada juga yang terhasil dari idea sendiri. 

 
contoh entri yang di bawah label kongsi ilmu

Personal:
Entri di bawah kategori ini menceritakan tentang diri saya dan perasaan saya  . Diri mungkin juga merangkumi kehidupan yang berlaku di sekitar saya. Selalunya.. saya meluahkan apa yang terpendam, pengalaman2 lalu atau cerita2 yang berlaku di sekeliling saya. Di sini juga saya turut menyelitkan  penyeri2 alam maya seperti  'tag' yang dibuat oleh rakan-rakan maya dan juga contest-contest yang saya sertai.

Keistimewaan dalam harapan
Merasakan kurangnya kewujudan blog yang berunsurkan pendidikan terutamanya tentang pelajaran matematik,  saya berharap sekiranya suatu hari nanti... blog ini menjadi pilihan guru2 dan ibu bapa dalam mendidik anak2 memahami matematik dan menjadikan matematik sebagai satu pelajaran yang amat mudah di fahami.

Alhamdulillah.. selama lebih kurang 4 bulan berblogging, kesan positif telah mula di perolehi di mana blog ini telah mendapat  tempatnya dalam carian google. Walaupun nampaknya pengunjung lebih berminat kepada carian Pendidikan Seni Visual, harapan saya, semoga satu hari entri mengenai matematik turut menjadi pilihan dan mendapat tempat yang terbaik dalam carian google.

penanda aras dari nuffnang

 

satu perkembangan yang baik dalam hasil carian google