TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Wednesday, April 14, 2010

Murid aktif dihalang sertai aktiviti sekolah.

Bukan anak-anak murid saya tapi anak saya. Anak saya yang kedua yang dipanggil adik. Along ngan adik... dua jer anak saya. Macam dah nak stop jer kan. Yalah.. adik tu kan selalu panggilan penutup. Nak buat macamana.. takde rezeki lagi.  Hari ni saja berkali kali adik mengadu yang cikgunya tak bagi dia pergi sekolah esok. Adik sekolah tadika KEMAS walaupun baru berusia 5 tahun. Esok sekolah adik ada lawatan ke kolam renang DBI. Adik kata... cikgu dia tak bagi adik pergi. Dari hari Isnin hari tu dia dah tahu pasal lawatan ini. Di rumah dia asyik bercerita jer nak pergi kolam DBI tu. Alih-alih hari ni adik kata esok adik tak payah pergi sekolah.. cikgu suruh adik cuti. Kesian adik.

Tersentuh hati saya sebagai seorang ibu. Saya tahu anak saya nakal atau saya suka panggil dia aktif. Kalau kata nakal jadi doa ibu pula nanti. Adik hanya aktif dan tidaklah sampai ke peringkat hyper aktif sebabnya adik masih boleh dikawal jika kena caranya. Teringat masa adik berumur 4 tahun. Adik pernah dikurung di dalam bilik setiap hari apabila dia pergi ke Taska. Bila nak hantar jer dia asyik menangis. Saya mulalah mengesyaki sesuatu. Saya cuba bertanya pada Along. Rupa-rupa adik selalu dikurung di dalam bilik kerana cikgu kata tak boleh control dia. Along pun macam tak berani jer buka mulut. Dah diugut agaknya.

Saya faham jika adik di larang pergi. Maklumlah kolam DBI adalah tempat yang banyak mendatangkan risiko. Tapi saya rasa lebih baik cikgu merahsiakan perkara tersebut daripada adik. Jangan heboh-hebohkan depan dia. Lagipun cikgu ada beri surat kebenaran ibu bapa pada adik. Apa tujuannya? Saya sudah memberi kebenaran... alih-alih adik tidak di benarkan pergi. Apa tujuan surat kebenaran itu? Lebih baik tak payah bagi rasanya. Kalau ikut rasa hasutan syaitan nak juga saya bising-bising. Saya pun bayar yuran sama.. kenapa anak saya dihalang? Suami cuba memujuk adik. Kata suami nanti bila senang abah bawa adik pergi mandi kolam masin. Laut lah tu.. adik panggil laut tu kolam masin.

Perasaan saya masih berbelah bagi samaada hendak telefon cikgunya untuk memohon penjelasan atau biarkan saja. Yalah.. bila cikgu dah larang risau pula bila saya suruh pergi juga nanti menyusahkan cikgu. Saya hairan juga kenapa cikgu tak telefon saya sendiri sebab hubungan saya dengan cikgu adik boleh dikatakan baik. Segan agaknya. Tak tahulah nak suruh adik pergi atau tak? Buntu juga ni..

tu lah adik.. kan ibu kata jadi budak baik kat sekolah.. kalau macam ni siapa yang rugi.. kan adik juga... huhuhu