TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Thursday, April 15, 2010

Khabar gembira Nuffnang kirimkan - Alhamdulillah

berita gembira... Alhamdulillah

bukti berita gembira.. suka, suka dan sangat suka...

Terkujat dan tersengih macam kerang busuk bila menerima perkhabaran gembira daripada Nuffnang. Ye ker nii? Tak sangka pula. Setelah mencuba sebanyak 3 kali bermula bermula dengan No Sweat, I wanna be a project Aplha TV Star dan My Favourite Sports... akhirnya RM20 menjadi rezeki saya. Tidak menaruh sebarang harapan sebenarnya kerana saya selalu ketinggalan keretapi. Maklumlah.. Nuffnang  selalunya akan memilih 100 penyertaan yang terawal. Tak sangka pula penyertaan yang ketiga memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Saya tidak menerima sebarang email daripada Nuffnang untuk penyertaan yang pertama. Untuk penyertaan yang kedua pula saya menerima email yang mendukacita kerana penyertaan saya tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Untuk penyertaan ketiga ini saya mencuba dengan galakan daripada seseorang. Maaf Nuffnang kerana tidak menyertai aktiviti minggu ke 7 kerana saya kurang ilmu tentang tajuk tersebut. Mungkin saya akan join semula untuk minggu-minggu yang seterusnya pula.

Ucapan terima kasih buat NATASHA yang membantu dan memberi galakan untuk penyertaan yang ketiga tersebut. Sememangnya NATASHA di antara blogger yang rajin menyertai setiap aktiviti yang Nuffnang adakan. Memang aktif NATASHA dan tidak hairanlah jika dia disayangi Nuffnang. Kalau tidak percaya... bolehlah anda berkunjung ke blognyer dan membaca entri-entrinya berkaitan Nuffnang. Terima kasih kepada NATASHA dan tidak lupa pada Nuffnang juga.