TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Monday, March 22, 2010

NO SWEAT

Pernahkah anda mengalami situasi ini?
Anda berlari menaiki anak tangga. Anda telah terlewat untuk sebuah temujanji. Anda hampir sampai ke tempat yang dituju dan OH TIDAK! Anda kebasahan! Anda berpeluh!

Ada bencikan peluh? Peluh adalah satu aktiviti normal pada tubuh.  Ketika tubuh anda melakukan aktiviti yang melebihi suhu badan yang sepatutnya, otak anda memberikan isyarat untuk tubuh anda tetap tenang dan nyaman. Jadi, bahagian dari otak yang mengawal suhu, yang disebut hipotalamus, menghantar mesej ke tubuh mengarahkan tubuh untuk berpeluh kerana peluhlah yang memberi kesan nyaman pada tubuh.

Peluh terhasil daripada kelenjar khusus di kulit. Hampir keseluruhan peluh terdiri daripada air dengan sejumlah kecil bahan kimia lain seperti urea, garam, dan gula. Peluh keluar melalui kulit melalui lubang-lubang kecil yang dipanggil pori-pori. Peluh yang bersentuhan dengan udara membuatkannya mengewap dan menghasilkan rasa yang nyaman pada tubuh.

Peluh bukan sahaja mengundang kebasahan tetapi turut menerbitkan bau. Sebenarnya bau yang terhasil bukanlah datang daripada peluh sebaliknya daripada bakteria yang hidup pada kulit anda yang apabila bercampur dengan peluh akan menghasilkan aroma yang bau. Bahagian ketiak merupakan tempat yang paling disukai oleh bakteria dan dengan sebab itulah bahagian ini selalu menghasilkan bau yang kurang menyenangkan apabila berpeluh.

Menjaga kebersihan dengan mencuci secara teratur dengan sabun dan air dapat membantu mengawal bau yang terhasil apabila berpeluh. Ketahuilah pemakaian bedak pada bahagian ketiak bukanlah cara yang terbaik untuk menghilangkan bau sebaliknya boleh mendatangkan kesan yang lebih teruk lagi.  Selain menggunakan petua-petua tradisi seperti penggunaan limau dalam menghilangkan bau yang kurang menyenangkan itu terdapat satu cara yang lebih mudah dalam mengatasi masalah ini. Deodorant Adidas Action 3 mempunyai jalan penyelesaiannya.

Katakan TIDAK kepada peluh! Sekiranya anda menyukai sesuatu yang SEGAR maka deodorant Adidas Action 3 Fresh adalah jawapannya. Ini kerana ia dapat mengawal peluh selama  24 jam. Dilengkapi dengan sistem penyerapan berteknologi baru bagi mengawal kelembapan,  Adidas Action 3 Fresh adalah pilihan yang tepat. Baunya yang menyegarkan dan menghasilkan rasa nyaman semasa penggunaan menjadikan anda selesa, yakin dan tenang. Adidas Action 3 Fresh juga tidak meninggalkan kesan putih pada pakaian anda seperti jenama deodarant yang lain. Selain itu anda tidak perlu rasa ragu dengannya kerana ia bebas alkohol.


Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. Auditions are now open! Check it out at www.projectalpha.com.my/auditions

sumber gambar: google dan nuffnang