TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Monday, April 5, 2010

MY favourite sports

Sukan memang telah lama saya tinggalkan. Bila dalam proses diet ni.. maka saya kembali menjinak-jinakkan diri. Almaklumlah.. badan pun dah semakin ringan. Lagipun.. ia juga sebagai alternatif untuk badan lebih langsing di samping untuk menyehatkan badan. Bercakap pula tentang sukan yang paling digemari... dulu, saya pernah menyukai sukan ini... HOKI.


(gambar google)

Bagi saya hoki memang permainan yang lasak. Kalau tengok muka setiap seorang pemain-pemainnya.. semuanya brutal-brutal belaka. Mana ada yang manis, anggun dan jelita? Kasar jer semuanya. Kena pula muka masing-masing macam nak telan jer bola tu. Serius jer. Gaya mengejar bola macam nak terkam orang! Memang masa main sukan hoki ni tak ingat dunia dahhh. Tak kira orang kiri kanan. Kawan atau lawan. Yang penting nak dapat bola. Habis lawan di singgul.

 nampak ganas tak?
(gambar google)

Salah satu sebab saya suka main hoki sebab padangnya yang luas. Walaupun luas, saya tidaklah mengambil kesempatan di atas keluasan padang itu. Ini kerana posisi saya telah di tempatkan di bahagian pertahanan. Tengok badan arrr. Awal-awal lagi cikgu dah cop untuk duduk di bahagian D tu. Melepaslah saya untuk lepas gian mengejar bola tu. Asyik kena bertahan ajerrr. Ada dua perkara yang menyebabkan sakit hati. Yang pertama, kalau asyik kena 'attack' jerrr. Yang kedua pula kalau takde lawan yang datang 'attack'. Tengok kawan-kawan semua di pihak lawan. Jangan tak tahu.. geram punya pasal, saya pernah tinggalkan kawasan D.. meluru laju ke kawasan gol lawan.. mendapatkan bola dan.. GOLLL. Sejarah tu bila 'defender' jaringkan gol.

Sayangnya kini saya terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada sukan kegemaran saya ni. Fobia ooo.. nak tahu kenapa? Ni haaa...

ini bukan tanganku yang gebu tapi kenangan yang hoki tinggalkan

Nampak tak bahagian yang bengkak itu? Itulah hasil kategori 18SG! Lengan saya telah di hentam dengan sesuka hatinya oleh pihak lawan. Kejam tak bertempatkan orang itu. Sampai ke tua menanggung derita. Huhuhu. Tapi yang pasti kemahiran yang ada tidak dilupai kerana saya kini menjadi guru penasihat kelab hoki di sekolah.

Bila jadi guru penasihat hoki di sekolah selalulah di pesan pada murid-murid tu. Sukan-sukan juga.. badan jangan berbau. Boleh jer guna produk keluaran ADIDAS yang terbukti keberkesanannya. Ehhh.. takkan orang dewasa saja.. murid-murid perlu lah wangi sama. Bila dah ramai berkumpul lepas sukan.. kan boleh pengsan. Jadi atasilah dengan...


Boleh jer intai dalam bilik ayah atau ibu, abang atau kakak.. mesti ada punya...

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.