TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Sunday, March 21, 2010

PERPULUHAN – Cara menyebut nombor perpuluhan


Perpuluhan sangat mirip dengan pecahan. Perbezaannya ialah bahagian penyebutnya selalunya hanya melibatkan nombor-nombor 10, 100, 1000 dan lain-lain. Dalam perpuluhan, symbol titik (.) digunakan. Simbol titik ini bertujuan untuk memisahkan angka perpuluhan daripada setiap nombor bulat di sebelah kiri titik perpuluhan. 


Dalam menulis dan penyebut perpuluhan, satu perkara yang harus ditekan ialah nombor bulat iaitu nombor yang terletak di sebelah kiri titik perpuluhan dibaca seperti biasa seperti satu, sepuluh, seratus sebaliknya nombor yang terletak di sebelah kanan titik perpuluhan iaitu nombor perpuluhan dibaca satu persatu seperti enam, satu enam, enam dua satu. Lihat contoh:



Contoh-contoh lain:
0.4 - dibaca sifar perpuluhan empat 

0.04 - dibaca sifar perpuluhan sifar empat
1.4 - dibaca satu perpuluhan empat
1.14 - dibaca satu perpuluhan satu empat
11.14 - dibaca sebelas perpuluhan satu empat
 
SELAMAT MAJU JAYA 

Sila komen untuk membolehkan anda menyertai CONTEST MATEMATIKOMEN secara automatik.