Aduihhh.. tolonglah.. tak sanggup saya di dakwa dan di kena kan hukuman gantung sampai mati. Minta-mintak di jauhkan. Walaupun ada kebaikan bagi orang yang di kenakan hukuman gantung sampai mati tu... Yalah, kata orang, Allah masih sayangkan mereka kerana mereka di beri masa untuk bertaubat sementara menunggu ajalnya. Jadi, sebagai manusia janganlah kita menghukum mereka tak sudah-sudah. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengasihani.
Sebenarnya saya masih tak faham apa yang dimaksudkan dengan keywords nie. Dari mana mereka menggunakan keywords tersebut? Kalau di Nuffnang, rujukan pautan adalah tempat pelayar menjumpai blog kita. Kalau ikut pemahaman saya, kalau ada orang search words di google, jika words tersebut ada dalam blog kita, jadi mereka akan menjumpai blog kita. Tapi.. apa pula keywords nie?
Tengoklah keywords yang di ambil dalam nuffnang ni. Cara buat dadah? Cikgu isza tak ajar cara buat dadah. Cikgu Isza ajar matematik jer. Ada ke orang nak ajar cara buat dadah di internet ni. Sat lagi saya nak google lah. Mana tau jawapannya di temui. Buat apalah nak tau cara buat dadah tu.. Lebih baik belajar matematik di sini. Boleh juga tunjuk ajar pada adik-adik atau anak-anak. Silap-silap boleh jadi pakar matematik lagi. Idakpun cubalah menyelesaikan masalah matematik yang belum terjawab berpuluh-puluh tahun lamanya. Ada gak yang nak bagi hadiah juta-juta macam pakar matematik yang di gelar orang paling genius di dunia baru-baru ni.
Janganlah sesekali dekatkan diri dengan benda tu ya. Di sekolah, bilik PPDa di wujudkan untuk mendedahkan murid dengan dadah ni. Ehhh.. jangan salah anggap. Bukan ajar buat dadah. Kang tak pasal-pasal bilik PPDa kena serbu dengan pihak polis. Di sini ada pengisian mengenai dadah.. pro and kontranya. Bilik PPDa sekolah berjaya mewakili negeri Perak untuk pertandingan Bilik Sumber PPDa. Kalau berminat, silalah lawati SINI.
Bila saya cuba search, maka jawapan untuk cara buat dadah memang betul di temui di sini. Fuhhh.. saspen betul. Rupa-rupanyer...
Ingin tahu cerita selanjutnya? Klik sini