Sunday, March 14, 2010

ENGKAU NAMPAK JARUM DADAH NI?

Huhuhu... kalau cerita pengalaman pernah kena culik ada ke orang nak caya? Comel sangat ke cikgu isza ni sampai ada orang nak culik dia? Kalau dengar cerita tu macam tak logik jer.. Biar benar cikgu ni.. Kena culik bebetul ke atau dia yang merenyam masa muda2 dulu. Ni cerita betul.. bukan tipuannn. Saja je nak kongsi di sini. Kot2 boleh dijadikan pengajaran. Apa2 anggapan yang wujud selepas membacanya.. akak halalkan ajer dik. Hanya akak dan Allah yang mengetahui...

Kisah culik ni terjadi masa saya sekolah menengah dulu. Kalau tak salah, masa tu tingkatan tiga kot. Dah besar dah pun. Tapi biasalah kan.. bila sesuatu tu terjadi secara mengejut, fikiran kita kadangkala tak dapat memikirkan langkah terbaik. Masa tu saya hendak ke rumah kawan saya. Saya pergi waktu malam. Cadangnya nak tidur di rumahnya sebab esok ada perancangan baikkk punya. So, perjalanan nak pergi ke rumah kawan tu kena melalui kawasan yang di kelilingi pokok pisang. Tiada rumah yang berhampiran. Jalan tak gelap sebab ada lampu jalan. Jaraknya sederhana jauh dari jalan utama. Sedang berlenggang-lenggang kankung menuju ke rumah kawan tu.. tiba2 ada satu kereta berhenti betul2 sebelah saya dan keluarlah seorang pemuda yang boleh tahan tampannya... (percaya sangatlah.. idak le nampak tampan ke idak dalam kesamaran malam tu).

 sanggup ke?
(gambar google)

Pemuda tersebut terus menerjah meluru ke arah saya dan memegang tangan saya dengan kuat. Memang terkejut sungguh masa tu. Kenapalah tak menjerit sekuat hati? Nak cari penyakit.. Pemuda tu terus siap 'sound' jangan menjerit atau berbuat apa2 perkara yang bodoh kerana di tangannya memegang jarum suntikan yang berisi dadah. Itu katanya. tak tahulah betul ke idak. Yang pasti saya menurut kata-katanya yang menyuruh saya masuk ke dalam kereta. Ishhh.. takut pula kalau di injeknyer dengan jarum tu. Tak pasal2 lak jadi penagih dadah.

Saya pun di bawa ke sebuah kawasan perumahan terbengkalai. Ada dua orang sebenarnya dalam kereta tu. Seorang memandu. Seorang lagi yang pegang jarum tadi lahhh. Sampai di kawasan terbengkalai tu.. saya ditinggalkan bersama pemuda yang memegang jarum tu. Yang memandu berlalu pergi. Kalau nak cerita pasal takut memanglah.. tapi bila melihat mamat tu menginjek dirinya sendiri dengan jarum tu.. hati boleh cool lagi. Tak lama lagi laloklah mamat tu. Memang betul dalam jarum tu ada dadah! Tak lama lepas tu mamat tu pun lalok dan cuba untuk bermesra-mesraan dengan saya. Saya pun layan je lah.. Gila ape? Saya pun menolak mamat tersebut. Nasib dia tak baik atau nasib saya sememangnya baik. Elok je saya tolak dia.. dia terjatuh ke dalam longkang yang berada di belakang. Saya pun mengambil kesempatan ini untuk melarikan diri.

Saya pun berlari mengalahkan pelari pecut dunia. Memang tak tahu nak cari jalan keluar. Saya ambil tindakan untuk menuju ke arah yang mempunyai banyak lampu2. Dalam hati.. mungkin itu kawasan perumahan. Tengok kiri kanan saya mencari rumah yang patut saya minta pertolongan. Kena fikir jugak.. kang jadi seperti 'lari dari mulut buaya masuk ke mulut harimau'. Sambil meninjau tu.. saya ternampaklah kereta mamat2 tu tadi sedang berlegar. Mencari sayalah tu. Akhirnya.. saya memilih sebuah rumah yang menyidai pakaian bayi di luar rumahnya. Orang berkeluarga kot ni. 

Nasib baiklah pintu pagarnya tak kunci. Saya pun mengetuklah pintu bertalu2 sambil memberi salam. Tuan rumah membuka pintu. Tanpa dipelawa, saya terus masuk dan duduk di sofanya. Muka tak malu sungguh. Terpaksalah kan.. tengah kecut perut nihh. Lepas tu bermulalah sesi dialog ngan soaljawab antara saya dengan tuan rumah. Sambil bersoaljawab tu.. saya pun terpandanglah satu baju yang tergantung. Alamak.. polis rupanyer. Malam tu juga tuan rumah yang baik hati tu menghantar saya pulang ke rumah.

Sampai saja di rumah.. saya pun memberi salam dan mengetuk pintu. Abah yang membuka pintu. Sebaik je abah terpandang tuan rumah yang menolong saya tadi.. terus abah tegak berdiri dan mengangkat tangannya. 'Assalamualaikun tuan!'. Rupa2nyer bos abah daaa. Selepas bersembang2 seketika, tuan rumah tu pun pulang. Abah pula takda pula membebel. Saya pun pergi mandi sebelum tidur. Sambil2 tu terfikir le kenapa mamat2 tu nak culik saya. Selepas hari tu saya dapat juga tahu kenapa mamat2 tu culik saya. Mereka bukan orang lain pun. Orang sekitar sini juga. Mereka mengenali saya (maklumkan orang glamer) tetapi saya tidak mengenali mereka. Ni semua angkara balas dendam.. Saya tak buat report pun. Abah pun takde sentuh pasal hal tu. Dia cuma suruh saya ubah perangai.. 'dengar apa mak kata'.. huhuhu.