Maaf kepada sesiapa yang singgah di blog ini. Masih belum berkesempatan untuk menerjah anda semua sekali gus. Internet dah join geng cik 2K. Malas dah nak pikir pasal line internet ni... buat sakit jiwa jer. Harap-harapnyer esok line streamyx kembali pulih. Jangan ler orang Telekom buat-buat lupa lak. Memang tak senang duduk!
Mengambil kesempatan pergi makan angin malam bersama suami dan anak-anak. Cadangnya nak makan satay. Nak mengimbau kembali kenangan manis masa makan satay ngan suami. Suami memang suka makan satay. Masa zaman dating-dating dulu.. sampai 100 cucuk pun pernah di ordernyer. Bukanlah dia makan seorang, selalunya bila dating dia datang bersama kawan baiknyer. Kacau daun betul lah. Deme berdua lah yang ngap satay tu sampai habis. Saya? Jangan ingatlah saya malu-malu kucing. Ngap samalah jugak..hehehe.
variety bucket pun dah tak ada. order mini bucket jer..
(gambar google)
Malangnya tadi kedai satay tu tutup pula. Penuhi citarasa anak-anak. Anak-anak nak makan KFC. Bila tanya ada ke duit. Ada katanya. Lima puluh sen! Huhuhu.. lima puluh sen nak ambil bau KFC sampai kenyang pun tak lepas anak oiii. Selera nak makan KFC memang terbantut ari ini. Tak senonoh punya KFC. Kurang kesedaran Sivik. Lepas dapat order saya dan anak-anak pun naik ler tingkat atas sebab di bawah dah penuh. Masa naik tangga lagi saya dah bau semacam jer. Deria bau dan rasa saya memang sensitif. Bila nak basuh tangan.. bau yang tak senonoh tu semakin menyucuk ke idung. Ehhh... saya ni di KFC ke atau di tempat pembuangan sampah! Busuk ya amat. Dah berapa lama lah di peramnyer sampah tu. Macam dah simpan berminggu-minggu. Nugget yang di order pun tak cukup satu. Macam mana lah buat kerja. Seperti biasalah.. cikgu isza kan tuntut punya.
Kadang-kadang rasa tak sedap jer nak makan KFC. Kalau tak kerana selera anak-anak.. malas jer. Bebudak ni tak faham kalau di terangkan pun. Siap hentak-hentak kaki lagi. Saya pernah ternampak pekerja tu nak ambil ayam untuk di masak. Tak pakai sarung tangan. Kalau ikut prosedur kena pakai. Saya tau sebab saya pernah kerja di restoran makanan segera ni. Yelahhh.. kan kita ni berbilang bangsa. Kebersihan pun perkara utama juga. Masa tu terus keluar dari situ. Sampai sekarang dah tak pergi KFC situ walaupun kat situ lebih sedap. Nasib baik mood ari ni baik.. kalau tak saya pergi jumpa manager KFC tadi buat aduan tentang kebersihan KFC yang bertaraf longkang. Longkang pun tak bau macam tu...