Monday, March 29, 2010

PENDIDIKAN SENI VISUAL - CORAK BATIK

Corak Batik merupakan salah satu tajuk yang boleh di lakukan semasa proses P&P Pendidikan Seni Visual yang meliputi Bidang D iaitu Kraf Tradisional. Corak Batik merupakan satu seni warisan bangsa Melayu. Dalam tajuk ini, adalah lebih baik sekiranya guru-guru dapat menyediakan contoh maujud iaitu kain corak batik itu sendiri. Selain itu, guru-guru perlu menyediakan satu persatu contoh langkah yang perlu di lakukan dalam penghasilan tajuk Corak Batik.

Mengajar cara melukis corak batik paling asas untuk murid-murid tahun 3. Penghasilan corak batik tidak melibatkan proses penghasilan corak batik sebenarnya seperti mencanting sebaliknya murid hanya di ajar untuk melukis corak batik dan mewarnakan dengan cara pengwarnaan corak batik yang paling asas.

Langkah - langkah:
- Minta murid melukis satu corak batik. Selalunya corak batik terdiri daripada bentuk bunga-bungaan.
- Gunakan liquid paper untuk bahagian luar lukisan.
- Warnakan lukisan. Penekanan ton di tekan kan dalam penghasilan corak batik.





Hasil Murid