TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Tuesday, March 30, 2010

Pakcik dalam Kisah Seram Geng Blogger sedang sakit

Masih ingat dengan Pakcik Din? Pakcik yang pernah saya ceritakan dalam Kisah Seram Geng Blogger. Kalau tak pasti atau belum mengetahui.. boleh kilik SINI. Pakcik Din ni anak bongsu sebelah mak saya. Mak ada 7 orang adik beradik. 2 dah meninggal sementara 5 yang tinggal. Sekarang ni, kami sekeluarga tengah buntu kerana penyakit lama Pakcik Din menyerang kembali.

gambar hiasan
(google)

Penyakit Pakcik Din ni bukannya penyakit yang selalu kita dengar seperti darah tinggi ke, kencing manis ke atau seangkatan dengannya. Penyakit Pakcik Din ni macam misteri pula. Mana idaknya.. bila di bawa berjumpa doktor, doktor mengesahkan Pakcik Din tidak menghadapi apa-apa penyakit. Masalahnya Pakcik Din kelihatan sugul. Selalu mendiamkan diri dan bersendirian. Sedangkan Pakcik Din yang saya kenal adalah seorang yang ramah dan melayan tetamu sehabis baik. Sekarang ni, Pakcik Din seolah-olah dalam dunianya sendiri. Bila saya sekeluarga datang melawatnya, langsung dia tidak hirau kehadiran kami.

Sebenarnya ini kali kedua Pakcik Din mengalami keadaan ini. Pakcik Din pernah sakit begini beberapa tahun dahulu. Masa tu Pakcik Din bertugas di Ipoh. Jenuh bawa berubat sana-sini. Jawapan yang diterima, ada orang dengki dengan Pakcik Din atas kenaikan pangkatnya. Orang tu buat Pakcik Din tak suka kerja dan berkeadaan begitu supaya nama Pakcik Din buruk. Tak tahulah nak percaya atau tidak. Yang pasti.. dengan izinNYA, penyakit Pakcik Din pulih selepas itu.

Genap setahun di Ipoh Pakcik Din dapat kembali bertugas di tempat lamanya. Hal ini menyebabkan Pakcik Din sekeluarga mengambil keputusan untuk tinggal di rumah pusaka arwah Tok dan Opah. Adik beradik Pakcik Din yang lain semua tak kisah. Mereka sepakat untuk serahkan rumah tersebut kepada Pakcik Din. Rumah itu lah yang berlaku kejadian dalam kisah seram geng blogger tu. Tiada apa-apa pun yang berlaku. Pakcik Din sekeluarga gembira di sana. Kadangkala adik beradiknya termasuk saya sebagai anak saudara datang berziarah. Segalanya berjalan dengan lancar.

Dalam seminggu ni penyakit Pakcik Din datang kembali. Pakcik Din merayau satu kampung. Melepak di kedai kopi. Satu perkara yang tak pernah dibuat Pakcik Din walaupun semasa zaman bujangnya. Orang kampung kehairanan melihat perangai Pakcik Din. Ada juga yang bertanya kenapa tak balik ke rumah? Jawapan yang diperolehi ialah.. Pakcik Din takut. Ada yang mengatakan rumah tu perlu di pagar semula kerana rumah lama telah dirobohkan untuk membina rumah baru. Wallahualam. Yang penting.. semoga Pakcik Din kembali pulih dan ceria seperti selalu. Mudah-mudahan...