TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Sunday, February 28, 2010

KISAH PALING SERAM - GENG BLOGGER.COM

Intro
Balik ke kampung memang aktiviti rutin yang dilakukan oleh keluarga bila cuti sekolah. Memang seronok dapat pulang ke kampung. Kampungku di Felda Lasah. Kawasan felda.. tentulah dipenuhi dengan pokok kelapa sawit. Jalan masuk ke kampung mengambil masa lebih kurang sejam dari pekan Sungai Siput. Memang jauh... melalui jalan-jalan yang kadangkala lurus.. kadangkala berbengkang bengkok. Semuanya tidak di endahkan bila memikirkan kesoronokan untuk bertemu Opah tersayang dan sanak saudara yang lain.

 
pemandangan wajib menuju ke kampung

Dingin
Sebaik saja menjejak kaki di kampung, terasa kedinginan menyelubungi diri. Rasa sejuk suasana di kampung menyucuk hingga ke tulang. Memang suasana  di kampung sungguh mendamaikan. Tidak seperti di Ipoh. Namun... aku merasakan kelainan pada senja ini. Terasa bagaikan berada di tempat asing. Mungkin telah lama tidak pulang ke kampung bisik hatiku.

Berkumpul di bawah satu bumbung
Perasaan gembira di wajah Opah jelas ketara. Mana tidaknya, semua anak dan cucunya berkumpul di bawah satu bumbung. Memang begitulah bila "time" cuti sekolah. Pelbagai masakan yang di masak oleh Opah untuk menjamu anak cucunya. Di tolak ketepi perasaan letih seorang warga tua.

Wajah apakah itu?
Aku telah ditugaskan oleh ibuku untuk membantu sepupuku yang dipanggil Yop memanggang ayam di luar rumah. Dalam suasana yang gelap... aku mengintai ke luar mencari sepupuku. Dari kejauhan kelihatan samar-samar cahaya api. Mungkin sepupuku sedang memanggang ayam di situ. Berbekalkan lampu suluh ditanganku, aku melangkah keluar. Aku menjerit-jerit memanggil sepupuku dan menyuluh ke arah mukanya. Panggilanku tidak disahut... sebaliknya... aku mendapati aku sedang menyuluh ke arah TENGKORAK yang sedang merenung tajam ke arahku. Ya, Allah! Tak cukup tanah aku berlari masuk ke rumah. Aku tidak menceritakan kepada sesiapa. Aku dapati yang sepupuku Yop sedang bergelak ketawa bersama sepupu-sepupuku yang lain. Ayam panggang pula telah siap terhidang.

Bunyi Langsuir
Malam itu, kebanyakan sepupuku tidur di dapur. Memang selalunya begitu kerana rumah Opah hanya mempunyai sebuah bilik. Kami tidur bergelimpangan. Aku masih tidak dapat melelapkan mata. Telingaku terdengar bunyi sesuatu.. SIIIIIUUHHHH...SIIIIIUUHHHH...SIIIIIUUHHHH. Bunyi itu berlegar-legar di atas bumbung rumah Opahku. Ku sangkakan hanya aku seorang yang mendengar bunyi itu. Rupa-rupanya, sanak saudaraku yang lain turut mendengarnya. Opah menunjukkan isyarat supaya kami diam. Ibu saudaraku yang di panggil Maksu berbisik kepada kami... 'HANTU LANGSUYOR' katanya. Kejut perut kami mendengarnya. Sambil mata masing-masing merenung ke arah bumbung.. TIBA-TIBA..
TUMMMMM.. crrrak...crrrak..crrrak..
Makhluk itu hinggap dibumbung agaknya... sambil mencakar-cakar atap zing rumah Opahku. Kami sanak saudara mengambil keputusan untuk naik tidur di ruang tamu.
 
begitukah rupa langsuir?

Diganggu lagi
Baru saja kami sekeluarga hendak melelapkan mata setelah mencuba melupakan kejadian yang berlaku, kedengaran pula jendela kayu rumah Opah di ketuk dari luar. 'TOK..TOKK..TOKKK'. Berulang-ulang. Semakin lama bunyi ketukan semakin rancak sehingga mengegarkan rumah Opah. Semua mengambil sikap mendiamkan diri. Akibat tidak tahan di ganggu tiba-tiba sepupuku Yop bertindak menjerit sekuat hatinya. "Woi!!! Kalau berani sangat muncullah!" dan dengan tiba-tiba sahaja... jendela kayu pun KEDEGANG!!! TERBUKA LUAS. Menderu angin malam masuk menerjah ke dalam rumah. Kami semua menjerit dan berpelukan. Memang rasa macam nak pengsan ketika itu. Semangat ku benar-benar hilang. Syukurlah tiada apa yang kelihatan. Hanya jendela kayu yang tertutup dan terbuka akibat angin malam.

 
lakaran reka bentuk rumah Opah

Menunaikan solat
Bapa saudaraku yang dipanggil Pakcik Din segera menutup semula jendela yang terbuka. Dia menyuruh kami semua bertenang dan tidur. Bapa-bapa saudaraku bersama-sama menunaikan solat. Akhirnya mata kami terpejam juga. Bila bangun pagi.. masih kedengaran suara-suara bapa saudaraku membaca ayat-ayat suci Al-Quran. 

Siasatan
Setelah terbitnya matahari, sepupuku mengajak aku untuk melihat tempat kejadian. Pokok puding yang di tanam depan jendela yang terbuka semalam telah patah seperti telah dipijak sesuatu. Kerja HANTU RAYA kata Opah. Aku juga turut pergi melihat tempat dimana TENGKORAK yang ku suluh. Memang ada kesan terbakar di situ walaupun Yop aku menafikan dia memanggang ayam di situ. Katanya.. gila apa nak panggang ayam di luar malam-malam.

Kesudahan
Itulah pengalaman seram yang ku alami ketika remaja dulu. Kini, kampungku semakin mengalami perubahan secara beransur-ansur. Opah pula telah pergi menyambut seruan Illahi. Kini, sudah jarang sekali aku bermalam di kampung. Apalagi setelah berkahwin dan mepunyai anak.

contest anjuran Gengblogger.com
sumber gambar: google