Keengganan anak untuk ke sekolah memang memberi masalah kepada ibu bapa dan juga guru. Sebagai orang yang lebih dewasa, kita perlu menyelidik apakah punca yang menyebabkan anak kita enggan ke sekolah. Di antara penyebab-penyebab anak enggan ke sekolah ialah...
1) Masalah dengan kanak-kanak lain seperti diejek atau dipulaukan - Rakan - rakan memang di antara penyumbang kepada keadaan ini kerana anak-anak berada di sekeliling mereka. Ia tidak mengambil kira rakan-rakan yang seusia...kes mungkin melibatkan rakan-rakan yang lebih junior atau senior.
2)Masalah dengan guru - Masalah mungkin wujud akibat sikap guru yang terlampau garang atau memarahi murid tanpa usul periksa. Selain itu, kegagalan dalam menyiapkan kerja sekolah yang diberi oleh guru juga turut menjadi faktor anak enggan ke sekolah.
3) Ancaman kecederaan fizikal daripada pembuli - pembuli mungkin dari kalangan pelajar sendiri, orang asing atau mereka yang berada di kawasan sekolah. Rasa tidak selamat menjadikan anak ini enggan ke sekolah.
4) Masalah dalam pembelajaran - Kesukaran menguasai sesuatu subjek turut menjadikan anak enggan ke sekolah. Wujudnya rasa rendah diri yang melampau kerana bimbang dimarahi oleh guru atau di ejek oleh kawan-kawan.
5) Masalah pergaulan seperti kemahiran bersosial yang rendah dan rasa rendah diri - masalah ini mungkin wujudnya kerana kurangnya pendedahan semasa di pra sekolah ataupun datang dari budaya yang berbeza.
6) Konflik keluarga - Pertelingkahan yang berlaku antara ibubapa akan mewujudkan kemurungan dalam diri anak. Mereka merasa tidak gembira dan sukar untuk meluahkan perasaan mereka.
7) Masalah psikiatri seperti kemurungan, Anxiety Disorders, Attention Deficit Hyperactivity Disorder'(ADHD) dan lain-lain lagi - terhasil daripada konflik-konflik yang di hadapi (6 di atas)
soksek2: Teringat kepada seorang anak murid yang enggan masuk ke kawasan sekolah pada setiap pagi. Dari darjah satu... sampai darjah 3. Setiap hari dia akan menangis2 memeluk ibunya dan ingin pulang bersama ibunya. Puas di cari masalah murid ini. Muridnya baik dan pandai. Kawan-kawan menerimanya seadanya. Guru-guru tak pernah garang padanya. Walaupun telah di nasihatkan dan di ambil tindakan oleh guru besar. Sikapnya tetap tak berubah.Yang peliknya... bila dah masuk ke dalam kelas, dia seakan seronok di sekolah. Tekun belajar, bermain bersama rakan (terkawal) dan tahu untuk bertanya jika tak memahami sesuatu. Tak tahu apa cerita murid ini kerana dia telah berpindah sekolah. Sekarang dia dalam darjah 4. Harap2nya dia semakin matang dan tidak mengulangi perangainya itu.