Huhuhu.. rasa macam orang hilang anak! Tak senang duduk, tak tentu arah, badan berpeluh, rasa nak demam. Semuanya gara-gara takleh on internet! Pertama kali rasa internet tak leh on gara-gara wayar telefon yang tercabut dari tiangnya. Mungkin di sebabkan angin kencang atau alasan-alasan lain yang tidak di ketahui.
Tergendala seketika aktiviti berblogging dan blogwalking. Mula-mula ingat masalah satu taman. Ini kerana astro pun x dapat connect. Macam biasalah kan.. makcik isza takkan membiarkan sesuatu yang terjadi itu tanpa jawapannyer. Sanggup ooo buat siasatan dari rumah ke rumah jiran-jiran. Hehehe.. makcik isza memang muka tebal. Jawapan yang di terima.. diaorang ok jer.
Hishhh.. takleh jadi nie. Pasal per lah rumah nie problem? Mula-mula cek dulu wayar astro. Hampeh tolll. Wayar dah cabut.. mana nak leh connect. Lalu makcik isza pun menggunakan keterorrannya memasang semula wayar astro tersebut dan makcik berjayo! Bab telefon tu yang masih musykil. Bila angkat gagang, senyap ajer. Dah di godek-godek sana sini tapi tak jumpa jawapan. Telefon telekom tekan-tekan tak dapat-dapat. Huhuhu...
Akhirnya saya mesej member kalau-kalau dia ada nombor telekom yang lain. Member yang baik hati ni terus jer menelefon pihak telekom dan memaklumkan masalah saya. Baru lah tahu yang wayar telefon dah jatuh. Esok deme datang. Kalau tak ok nanti selasa telefon balik. Alhamdulillah adik ada broadband. Pinjam dia punya sat. Agaknya dia kesian tengok kakaknya yang macam ayam berak kapur. Lagi pun dia bukan boleh guna. Kan dia dalam pantang. Kalau dah pantang tu.. segalanya kena pantanglah kan. Pandai jer saya bagi alasan...
sekadar gambar hiasan
(gambar google)
Kepada yang berkunjung ke blog chekguisza dari pagi hingga ke saat ini.. diucapkan terima kasih bebanyak. Saya akan cuba membalas kunjungan anda pelan-pelan. Maklumlah.. broadband ni pun slow and steady jer..huhuhu. Harap-harapnya bila balik sekolah esok, segalanya akan pulih seperti biasa.