TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Sunday, March 28, 2010

TIDUR DALAM KOTAK?

Tidur merupakan satu aktiviti indah yang patut dinikmati. Kenikmatan yang di rasai tidak kira tempat. Bak orang mengantuk di sorongkan kereta sorong bantal, pasti terlena jua.


Cuba bayangkan kalau tidur boleh di lakukan di mana sahaja. Walaupun di tempat yang paling bising di dunia. Yang perlu ada hanyalah duit (sekali lagi). Untuk menikmati tidur yang lena dalam seminit dua (selalu terlajaklah) dalam sebuah kotak yang selesa.

cid:37D6AD49F3EA4BBFA52C80BDA21E8788@EbrahimPC
cid:9DD21E4E5B6A481A87C1825C1F1FA175@EbrahimPC


cid:2474DC1AE8FC45FF9A4A0F8E1CC85E2C@EbrahimPC
cid:540F695A57FA4B43BBAC59843071E753@EbrahimPC
Saiz: 2 x 1,40 m x 2,30 m untuk tidur dalam keselesaan dan keselamatan. Cheap tidur dalam keadaan kecemasan bagi orang kaya atau miskin!! Tanpa membuang masa mencari hotel. Dirancang untuk dipasang di stesen kereta dan lapangan terbang, dan tempat-tempat awam atau pusat bandar di mana penginapan sepenuhnya ditempah. Di negara-negara iklim tropika peti yang tidur di luar rumah boleh dipasang di jalan-jalan utama. Meliputi ruangan tidur, linen, sistem ventilasi, penggera. LCD TV, WiFi, ruangan untuk laptop dan telefon semula dikenakan bayaran. Di bawah tempat tidur dan lantai ada almari untuk bagasi anda. Pembayaran dilakukan di terminal yang akan memberikan pelanggan kunci elektronik yang boleh dibeli selama 15 minit ataupun anda sebanyak waktu yang anda perlukan.

Kaki tidur pasti teruja dengan teknologi baru ini! Untuk tidur, bukan lagi satu masalah yang besar pada masa akan datang. Dengan kelengkapan yang serba canggih dalam kotak tu.. harap-harapnyer takdelah manusia yang sampai terlajak tidur. Nanti tergendala segala aktiviti seharian dek menikmati kenikmatan tidur dalam kotak tersebut. Jangan pula kemudahan yang bakal tercipta di salah guna. Haru di jadinya. 

Saya memang suka tidur. Suka ke? Sebagai guru saya perlu tidur barang seketika selepas balik mengajar. Merehat minda kata orang. Yang saya musykil kalau time cuti idokler pula tidur tengahari. Nampak sangatlah yang otak tu letih bekerja sebenarnya. Kalaulah kotak ni di tempatkan di sekolah... ermmm...
sumber gambar: kiriman email daripada paksuu