TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Saturday, January 9, 2010

PETUA KECANTIKAN


Cantik luaran dapat dilihat,
cantik dalaman perlu amalan,
jika mahu cantik terpahat,
kita berkongsi petua kecantikan.



Sungguh gusar rasa dihati,
melihat muka berpalit minyak,
sana sini petua dicari,
rupa2 nya teramatlah banyak.


Buah ini sungguhlah keras,
sesuai namanya si jambu batu,
pucuknya diambil serta diramas,
pada muka ia di sapu.



Ku sangka fungsinya hanyalah satu,
hilangkan minyak pada mukaku,
rupa2 nya baru ku tahu, 
ia menjadikan muka ku gebu.


Anda juga bermurah hati berkongsi petua kecantikan? Ape kata sambil berkongsi sambil leh menang hadiah... jom join contest PETUA KECANTIKAN yang dianjurkan oleh Cik Ardinihumaira. Hadiah2 yang yang ditawarkan sangatlah menarik dan banyak sekali...




Anda berminat? Klik saja disini untuk mengetahui syarat2nyer... sama2lah kita berkongsi petua.

 p/s: pucuk daun jambu batu diramas bersama sedikit air sebelum digosok secara lembut pada muka.

11 comments:

  1. ye ke ni cikgu... xpenah tau pun... leh la try. mane plak nk carik daun jambu batu kt cni... tp nice la entry berpantun... gud luck

    ReplyDelete
  2. ye nOj.. x tipu.. cubalah, guna waktu mandi pagi, pas tu boleh gak diikuti dengan facial soap...

    ReplyDelete
  3. Sis, my fwen bertanya, daun tu yang pucuk je ke yang lebih afdhal? Atau daun yang bukan pucuk tu bole guna juga. Saya pun dah tercongok depan pokok jambu ni... :-)

    ReplyDelete
  4. wah, hebatnya pantun. thanks for sharing the tips :)

    ReplyDelete
  5. buat ardinihumaira dan juga yg lain, ya mmgpucuk daun lebih afdal sbb masih lembut, x menyakitkan muka, klo dah tua daun tu kesat, cuba2 lah dan lihat hasilnye...

    ReplyDelete
  6. :-) hehe..tu la duk fight dengan kawan. Ambik pucuk...dia kata tak pe kot bese tengok mak dia ambik yang tak berapa pucuk wat sapu kat badan ok je katanya. Esok nak pegi bertenggek kat rumah dia lagi. Rembat pucuk daun jambu. Hehe...thanx sis!

    ReplyDelete
  7. sebenarnye ardinihumaira, byk khasiatnya daun jambu ni, kat badan pun boleh, kat rambut pun boleh, pakai ngan bedak sejuk pun boleh...

    ReplyDelete
  8. petua diberi hebat sekali,
    pucuk jambu mulalah dicari,
    moga tercapai hajat dihati,
    mukaku tampak cantik berseri-seri.

    bila mukaku dah kelihatan gebu,
    suami melihat lidah terasa kelu,
    anak terlopong sambil menongkat dagu,
    cikgu iszalah orang pertama ku beritahu.


    salam perkenalan dari sis di utara...

    ReplyDelete

Tuliskan apa yang terfikir,
ianya amat dihargai.. thx