TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Saturday, January 9, 2010

PETUA KECANTIKAN


Cantik luaran dapat dilihat,
cantik dalaman perlu amalan,
jika mahu cantik terpahat,
kita berkongsi petua kecantikan.



Sungguh gusar rasa dihati,
melihat muka berpalit minyak,
sana sini petua dicari,
rupa2 nya teramatlah banyak.


Buah ini sungguhlah keras,
sesuai namanya si jambu batu,
pucuknya diambil serta diramas,
pada muka ia di sapu.



Ku sangka fungsinya hanyalah satu,
hilangkan minyak pada mukaku,
rupa2 nya baru ku tahu, 
ia menjadikan muka ku gebu.


Anda juga bermurah hati berkongsi petua kecantikan? Ape kata sambil berkongsi sambil leh menang hadiah... jom join contest PETUA KECANTIKAN yang dianjurkan oleh Cik Ardinihumaira. Hadiah2 yang yang ditawarkan sangatlah menarik dan banyak sekali...




Anda berminat? Klik saja disini untuk mengetahui syarat2nyer... sama2lah kita berkongsi petua.

 p/s: pucuk daun jambu batu diramas bersama sedikit air sebelum digosok secara lembut pada muka.