TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Sunday, January 10, 2010

BASUH DULU TELUR TU...


Ermmm... perkara remeh atau patut diambil tahu? Adakah anda membasuh dulu telur sebelum memasaknya?  Sebenarnya makanan yang dimasak menggunakan telur ayam yang belum dibasuh adalah najis dan makan najis itu adalah HARAM hukumnya. Itu patut kita sedari kerana kita  sedia maklum
darimana telur ayam itu keluarkan. Basuhlah dengan air supaya bersih. Memanglah kotoran najis tu di luar kulit telur ayam sahaja, tetapi tangan kita yang pegang telur ayam itu dah kotor, apabila telur tersebut dipecahkan, telur ayam dah terkena tangan kita yang kotor itu. 


Tapi dari apa yang saya ketahui, kita x boleh basuh dulu telur ayam tu siap2 dan simpan. Bila kita betul2 nak memasaknya barulah kita basuh bersih2, hal ini kerana kulit telur sebenarnya telah diselaputi 1 lapisan semulajadi utk menghalang kuman2 masuk kedalam isi telur... apabila kita basuh lapisan tersebut, maka tiada lagilah perlindungan itu...jadi bakteria senang nak masuk kedalam isi telur (kalau anda perasan, bila basuh telur rasa macam ada lapisan licin yang kita xnmpk kn..2 la lapisannya). Klo ikut secara logiknya, klo  lah tiada lapisan ni... mesti ramai diantara kita yg dah kena mcm2 penyakit...bayangkan telur tanpa lapisan tu terkena berbagai2 najis ayam..tergolek sana sini..kuman n bakteria senang je masuk.


Ada sebuah kisah di mana diceritakan oleh seorang jemaah kepada seorang ustaz mengenai anaknya (seorng hafiz yg telah menghafal 15 juzuk) yg tidak dpt membaca satu surah ketika sembahyang subuh berjemaah bersama keluarganya. Setelah diselidik oleh ustaz berkenaan, didapati bahawa anak jemaah itu telah memakan burger bersalut telur pada malam sebelumnya (telur yang tidak dibasuh terlebih dahulu). Dgn izin ALLAH, anak jemah berkenaan telah "hilang" segala surah yg di hafalnya selama ini kerana memakan najis. Sama-samalah kita ambil iktibar drpd peristiwa berkenaan, jgn menjamu selera sesuka hati kita.


Saya juga mendapat info, anak2 yang memakan telur yang tidak dibasuh akan membesar sebagai anak yang tidak mendengar kata, anak2 yang keras hatinya, anak2 yang sukar dibentuk. Tentulah kita tidak mahu hanya kerana hal yang kecil ini bakal melahirkan keturunan yang bermasalah pada masa akan datang. Hari ini juga kita telah melihatkan pelbagai masalah yang ditimbulkan oleh golongan remaja. Yang kita perlu kita ketahui ialah sebahagian penyumbang dalam tercetusnya pemasalahan tersebut ialah jenis2 makanan kerana makananlah yang membentuk darah daging kita.



Wallahualam.