TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Saturday, September 18, 2010

Semakin Sarat - 4kg lagi ke?

Kandungan saya nak masuk bulan yang ke 7. Masa mula-mula mengandung... berat badan tak naik mendadak macam dua orang anak yang terdahulu. Perut pun kecil jer sampai ada yang tak perasan saya mengandung. Kalau dulu... 6 bulan pun dan macam sembilan bulan sampai orang nengok naik risau sebab besar sangat. Siap ada yang tanya... kembar ke?

Nak masuk bulan yang ke 7 ni nampaknya perut saya semakin sarat. Senak rasanya. Aduhaiii... 4kg lagi ke? Dua anak soleh yang terdahulu dilahirkan dengan berat 4kg. Yang sulung melalui proses 'vacuum'. Yang kedua kena bedah sebab yang sulung tu besar. Takut komplikasi macam yang sulung. Yang sulung mengalami lebihan gula dalam darahnya selepas dilahirkan. Itulah risiko anak kencing manis.

Bila melahirkan anak yang 'big size'... rasa janggal jer pegang bayi yang beratnya kurang 3kg. Anak kita punyalah hantap. Pegang anak orang... terliuk-liuk jer badannya. Kalau scan hari tu... nampak macam besar juga. Orang kata... anak kencing manis memang besar. Lagipun... bakanya pun besar... suami besar agam.. saya spesis gebu. Kalaulah 4kg lagi...  aduhaiii... jangan lebih sudahlah...

baby montel memang comel tapi tidak baik untuk pembesaran mereka..