"Banyak betul setan berkeliaran hari raya niii...", telinga saya menangkap ayat yang dituturkan oleh seseorang.
"Ialah... sana sini tv tayang cerita hantu. Selagi ada. Hantu... hantu... hantu. Kan banyak setannya..." balas individu yang pertama.
Saya diam sahaja. Memang banyak pun cerita hantu. Maklumlah... tv kan suka menyiarkan cerita dari panggung ketika menjelang raya dan secara kebetulan... banyak pula pengeluar filem yang mengeluarkan cerita hantu. Kan namanya penyakit berjangkit. Agaknya... itu sebab banyak cerita hantu tahun ini.
Salah satu babak dalam filem JANGAN TEGUR yang disiarkan pada hari raya kali ini.
Gambar: google
Teringat masa kecil-kecil dulu. Kalau raya... mesti ada sarkas atau pertunjukan silap mata di tv. Apa relevan menyiarkan siaran seperti itu... saya pun tak tahu. Yang pasti... saya tak teruja untuk menonton. Lebih baik saya pergi beraya... kumpul duit raya bebanyak dari layan cerita macam tu. Ialah... balik-balik aksi yang sama dan dapat dijangkakan. Suruh binatang bangun.. duduk... lompat api... pusing bola. Kalau silap mata... keluar arnab, bunga.. masuk kotak cucuk-cucuk... kan sama semuanya.
Dan hari ini... pendapat pembaca di sebuah ruangan pendapat dalam sebuah akhbar terkemuka menarik perhatian saya.
"Baik layan cerita hantu... tentunya hantu tu pakai baju penuh dari layan sarkas atau silap mata yang bajunya tak cukup kain tuuuu"
Hanya mampu tersenyum dalam hati.