TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Friday, September 17, 2010

Mampukah?

Esok sekolah kembali bermula... walaupun sehari sebelum kembali bercuti pada hari sabtu dan ahad... hati ini rasa berdebar-debar. Mampukan saya? Bila terkenang silibus yang belum dihabiskan... sempatkah? Walaupun hanya tinggal satu perempat dari sukatan pelajaran yang ditetapkan... risau pula saya tak mampu mengejar. Apa lagi dengan kesihatan yang tidak memberangsangkan. Setakat nak habis macam tu sahaja.. memang boleh. Tapi... untuk apa mengejar jika apa yang di ajar tidak difahami. Saya selalu tegaskan kepada anak murid saya... 'Biar lambat asal kita dapat faham dan kuasai apa yang dipelajari'.

Apalagi untuk tahun 4. Kalau tak kuasai apa yang ada di tahun 4, susah sikit nak kejar apa yang ada di tahun 5 dan 6 kerana kebanyakan hanya topik yang sama tapi dikembangkan dengan melibatkan nombor yang lebih besar. Untuk sesi persekolahan pada penggal yang terakhir ni... memang perlukan usaha yang lebih gigih. Kalau tiada galakan dan pemantauan dari guru... murid-murid ini akan menjadi leka. Apalagi untuk mereka yang sentiasa mengharapkan guru. Di rumah... kurang mengadap buku. Semuanya di sekolah... itu yang diajar.. itu yang dapat tanpa ada inisiatif lain untuk meningkatkan pengetahuan yang ada.

 sekadar gambar hiasan : google

Murid tahun 6 pun nak UPSR tak lama lagi. Walaupun tak ajar tahun 6 secara langsung... saya pernah mengajar mereka semasa di tahun 5. Debarnya turut terasa. Susah payah pulihkan pengetahuan mereka tentang matematik. Ada yang masih tak hafal sifir. Tak guna menuding jari kepada sesiapa kerana masa kian suntuk. Yang penting... yang terbaik telah dilakukan dan hanya doa dipohon. Semoga mereka memperolehi yang terbaik untuk diri sendiri. Pihak guru dan sekolah... hanya tumpang bangga.