TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Friday, September 24, 2010

Reaksi apa yang harus dipaparkan?

Anak hilang... GELABAH.. buat laporan polis.

Anak dijumpai... alhamdulillah... hati berbunga gembira... muka ada senyum...

Anak bersekedudukan? Nak ngamuk atau nak patah-patahkan?

Entahlah... serba salah jadinya ibu. Nak dimarah... kang lari membawa diri... haruuu...

Tegur salah... tak tegur lagilah salah...

Mana nak sorok muka ibu... bukan ada cangkerang?

Dugaan... hadapi ia dengan redha...

Bukan salah ibu mengandung... salah anak tak sedar dek untung!

Anak-anak... tak pandangkah wajah tua Si Ibu?

Susah sangatkah nak menyenangkan hari tua ibu?

Kalaulah ibu pergi (meninggal dunia) kerana mendengar apa yang harus ditanggungnya? Berbaloikah?

Kamu perempuan... kamu juga akan menjadi ibu...

Ibu... SENYUM DALAM DUKA

Masyarakat... SIMPATI DAN MENGATA

Buat onar dan menyusahkan hati seorang ibu... seperti pisau yang dirodok ke jantung..