TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Showing posts with label masalah remaja. Show all posts
Showing posts with label masalah remaja. Show all posts

Friday, October 1, 2010

Bila keluar dari Zon 'Menutup Aurat' - Takkan nak tayang selagi ada?

Lokasi: Sekolah Menengah berhampiran

Zon Menutup Aurat...
Syukur... alhamdulillah..
dalam pemahaman...
mesti semua pelajar mesti menutup aurat..
terutama untuk pelajar muslimah...
sudah tentu perlu bertudung...

Friday, September 24, 2010

Reaksi apa yang harus dipaparkan?

Anak hilang... GELABAH.. buat laporan polis.

Anak dijumpai... alhamdulillah... hati berbunga gembira... muka ada senyum...

Anak bersekedudukan? Nak ngamuk atau nak patah-patahkan?

Wednesday, September 8, 2010

Dah mabuklah pulakkk - Mabuk minum RIMAU

Baru balik dari kedai. Beli telur sepuluh biji sebab kat blog Telordibasuh tak jual telur walaupun ada entri pasal telur dan tuannya pencinta telor yang sejati. Saya jeling.. saya pandang... atas... bawah. Sah.. memang sahhh. Orang Melayu budak ni. Muda lagi. Lama saya perhati sampai naik juling biji mata. Biar betul budak niii.

Sunday, August 29, 2010

Lagi remaja dipukul polis - Antara simpati, geram dan entahlahhh...

Bapa dakwa anak dipukul polis ketika lari sekatan

KOTA BAHRU 28 Ogos - Seorang bapa mendakwa anak lelakinya mengalami kecederaan parah di kepala dan muka setelah dipukul seorang anggota polis menggunakan sebatang kayu ketika cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya, baru-baru ini.

Saturday, August 7, 2010

Takkan kami izinkan anak kami berkahwin dengan jantan yang membuntingkannya - Bertanggungjawab KONON!

Biar kami menanggung malu.
Biar kami sendiri sara anak dan cucu yang tak sah taraf ini.
Dari kami menerima jantan seperti kamu sebagai menantu.
Bertanggungjawab KONON!

Tuesday, July 27, 2010

Kris Dayanti - Mewakili segelintir wanita di luar sana

Tidak mahu mengulas panjang isu Kris Dayanti dan buah hatinya Raul Lemos. Sekadar ingin mengatakan Kris Dayanti mewakili segelintir wanita di luar sana. Bezanya... kehidupannya menjadi perhatian jika dibanding dengan orang biasa. Bila bercerita mengenai wanita-wanita 30an yang masih mengejar cinta walau  sudah berumahtangga.. ramai juga yang mempertikaikan kebenarannya. Orang dulu kala berkata... kalau tiada angin... masakan pokok bergoyang? Walau kadangkala pokok tidak hanya bergoyang disebabkan angin... namun goyangnya Inul pokok pasti ada puncanya.

Saturday, July 24, 2010

Jaga Adab Bertambah Berkat - Info menarik untuk pelajar IPTA dan IPTS

Mengambil kesempatan hari Sabtu dengan mengunjungi laman-laman dirasakan dapat memperbaiki kekurangan diri yang ada. Terjumpa artikel menarik dari laman www.zaharuddin.net yang saya rasakan patut dikongsi bersama. Di sini... saya siarkan semula penulisan menarik hasil nukilan Ustaz Zaharuddin Abd Rahman.

Wednesday, July 21, 2010

Pintu bilik air 'Rumah Hantu' terbakar - Kan dah nampak akibatnya... masih nak kata tak sporting lagi?

Tempat kejadian: Kawasan perumahan saya tinggal
Masa: 3.30 petang
Perkara: Kebakaran melibatkan pintu bilik air di sebuah rumah yang tuannya tak pernah menjenguk muka

Friday, June 25, 2010

Ragam dan kisah kuatnya sifat kejantinaan orang lelaki

Siapa yang sekolah kat sekolah berasmara berasrama atau tinggal kat hostel mesti ada pengalaman yang manis dan pahit. Biasalah... remaja yang bernama pelajar ni macam-macam ragamnya. Nak-nak pula bila exam semakin hampir. Macam-macam cara yang dilakukan untuk menghilangkan tension.

Monday, June 21, 2010

Oittt... takde kerja lain ke? - Dah malam-malam niii... gi tidurlah..

Sejak akhir-akhir ni selalu saya perhatikan... lepas pukul 12 tengah malam... penuhlah orang mengoogle keywords 'Cerita seks' dalam senarai feedjit live traffic feed saya. Lupa pula nak print screen kan sebagai bukti... kalau rajin... boleh le jenguk-jenguk. Selalu... hari Sabtu malam Ahad yang berleluasa. Ishhh kome niii... dah takde kerja lain ke? Yang pi layan cerita-cerita macam tu buat apa? Buat tambah dosa ada. Pastu mulalah layan... pastu..? 

Wednesday, May 5, 2010

Masalah remaja - Jangan salahkan ibu bapa, jangan salahkan kerajaan, salahkan media massa

Siang tadi saya berkesempatan untuk blogwalking ke blog yang tak pernah saya jejaki sebelum ini. Dalam dok membelek entri-entri yang ada, saya tertarik dengan satu entri yang membicarakan masalah remaja yang semakin berleluasa. Apa yang lebih menarik lagi adalah komen yang diberi. Lihat komen yang sempat saya print screen kan di bawah...