TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Friday, September 24, 2010

Anaknya ada tiga tapi kenapa macam ada dua jer???

Malas cerita tapi nak cerita gak. Dah lama pendam perasaan. Dah lama pendam kehairanan??? Tiada niat untuk membongkarkan siapa dirinya tapi boleh tahan glamernya. Tanpa klu... biarlah saya bercerita..

Setahu saya... anaknya tiga. Dua ayahnya ambil dan yang ketiga dipulangkan semula pada ibunya. Tak tahulah kenapa. Dengar kata... yang ketiga tak terdidik (nakal) dan tak sepandai abang dan kakaknya. Saya tertanya... adakah itu alasan untuk memisahkan hubungan adik beradik? Sampainya hati seorang ayah...

Bila bercerita tentang anak-anaknya... asyik yang dua tu jer. Yang satu ni macam tak wujud. Nasib baiklah masih kecil dan belum mengerti tentang hakikat kehidupan. Kalau tidak... mesti terasa hatinya. Musykil? Kenapa dia tak pernah bercerita tentang anaknya yang ketiga itu. Atau... mungkin ada rahsia yang tersembunyi???

Kesian melihat keadaan anak yang ketiga. Tersisih! Anak sulung punya meronta-ronta nak jumpa dengan ibunya tapi ada sahaja halangannya. Tahun ni ambil UPSR. Jangan diri dia dipenuhi dengan tekanan sudahlah. Anak minta izin tak bagi... kalau dia lari... kan susah nanti? Kenapa nak pisahkan hubungan darah yang ada???

Memang tak fahammm...

Penceraian membawa kehancuran...