TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Friday, September 24, 2010

BAKAT - Syok sendiri???

Bercerita tentang bakat. Ada orang... yang sangka dirinya tidak berbakat tapi rupa-rupanya mempunyai bakat yang terpendam. Ada orang... yang sangka diri dia berbakat tetapi rupa-rupanya... 

'Syok sendiri'...

Bercerita tentang 'Syok sendiri'... benarkah orang yang tak mempunyai bakat itu syok sendiri???

Kalau bercerita tentang pengalaman walaupun bukan untuk dikenang... tak salah kalau kita jadi renungan bersama. Selama saya membesarkan... saya seperti kecewa jika bercerita perkara yang membabitkan bakat. Dulu (masa sekolah rendah)... saya cukup suka berpidato... berbahas. Apa sahaja pertandingan yang dianjurkan... pasti saya sertai. Tanpa pengalaman selain apa yang cikgu ajarkan... saya membina diri saya. Minat punya pasal... siang malam berlatih jika ada pertandingan yang ingin disertai. Bercakap sorang-sorang dalam bilik... depan cermin. Hasilnya... saya kecundang. Tiada tempat dalam pertandingan... walaupun kecewa tapi masih tak sedar diri.

Hinggalah menjejak ke alam remaja (sekolah menengah), saya masih meneruskan minat untuk berpidato. Saya terus kecundang... kecundang dan kecundang. Tiada siapa dibelakang saya memberikan sokongan atau mengkritik dimana kelemahan saya. Walaupun orang kata sekadar mencari pengalaman... sedikit sebanyak... perasaan untuk ingin bergelar juara pasti terdetik. Tempat terbaik... nombor tiga peringat sekolah sahaja.

Bila saya melanjutkan pelajaran... saya mengajar diri untuk menerima kenyataan yang sebenarnya saya tidak berbakat. Saya syok sendiri agaknya. Orang berpidato... saya pun nak berpidato. Orang menang saya hanya mampu melihat dari jauh. Saya tinggalkan minat saya yang mendalam. Menjeruk rasa? Mungkin? Saya hanya mengejar populariti tak bertempat. Bila ada pertandingan pidato... saya campak jauh keinginan saya sehinggalah takdir menentukan... saya perlu menjadi bidan terjun... menyelamatkan maruah kelas saya.

Orang yang sepatutnya berpidato menarik diri kerana masalah kesihatan. Pensyarah mula melihat latar belakang setiap pelajarnya dan saya dipaksa menyertai pertandingan yang dianjurkan. Dalam keadaan serba salah... saya sertai tanpa harapan. Pertandingan yang dibuat adalah untuk mencari pasukan pelapis maktab untuk pertandingan perbahasan. Hasilnya... saya melepasi dari satu saringan hingga saringan yang terakhir dan akhirnya terpilih mewakili pasukan bahas maktab. Pasukan bahas MPSAH adalah di antara pasukan bahas Maktab yang digeruni ketika itu.

 dalam kenangan...

Kini... saya tertanya-tanya... adakah benar saya memang tidak berbakat atau pengalaman yang mematangkan saya? Kalau saya mengaku kalah ketika itu... pasti saya tidak merasakan kenangan manis yang meninggalkan seribu kepuasan dalam diri saya. Saya jadikan pengalaman yang saya lalui untuk membentuk anak didik saya. Bakat dan minat. 

A. Ada orang ada bakat tapi takda minat. 
B. Ada orang ada minat tapi tidak berbakat. 
C. Ada juga yang kedua-dua bergerak seiring.

Yang mana harus menjadi keutamaan saya sebagai seorang guru? A, B atau C?

Saya tidak mahu anak murid saya merasai apa yang pernah saya rasai suatu ketika dulu...