TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Monday, September 13, 2010

Malang Pak Kaduk

Tak pernah jumpa atau kenal dengan Pak Kaduk. Hanya kenal melalui ceritanya yang malang. Namun... setakat mana tahap malangnya tidaklah diketahui kebenarannya. Adakah sekadar cerita penglipur lara yang menjadi hiburan dan contoh generasi kini atau hanyalah satu kisah dongeng... tiada siapa yang dapat memastikan...

sekadar gambar hiasan..
sumber gambar: pemudamuadzam.blogspot.com 

Masih mahu menggunakan tajuk 'Malang Pak Kaduk' untuk mengambarkan apa yang berlaku hari ini. Pagi-pagi lagi suami mengejutkan saya dan anak-anak... mengajak kami berkunjung ke rumah sanak saudara yang jauhnya melebihi 25km. Dalam banyak rumah yang hendak dikunjung... hanya tiga buah rumah jer yang tuan rumahnya ada di rumah. Yang lain... turut mempunyai agendanya yang tersendiri seperti kami. Mungkin mereka juga mengambil kesempatan yang sama berkunjung ke rumah sanak saudara yang jauh di mata. Ada juga yang pergi meminang anak dara. Pulanglah kami berputih mata.

Kadangkala orang kata... jangan datang mengejut tapi mana nak jangka kan? Adatlah... dah namanya hari raya... mesti orang pergi beraya. Tiada rezekilah tu untuk bertemu sanak saudara. Yang ingin ditemu ialah koyang kepada anak saya. Bermaksud... saya adalah cucu dan anak saya adalah cicit. Selagi hayat mereka masih ada kita ambillah kesempatan untuk menjenguk mereka. Nanti... anak-anak tak kenal sanak saudara. Tak kisahlah... mungkin mereka juga akan berkunjung ke sini... mungkin ketika itu dapat bertemu...