TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Monday, September 13, 2010

Hilang tempat bermanja

Kes pembunuhan Datuk Sosilawati. Bukan sahaja anak-anaknya yang berharap abu yang ditemui bukan kepunyaan ibu mereka (klik SINI). Saya juga berdoa yang ianya tidak menjadi kenyataan. Namun... yang telah ditentukan telah ditentukan. Memang KEJAM mereka yang melakukan! Apa lagi di bulan yang mulia dan ramai orang yang bergembira ketika menyambut hati raya namun airmata kesedihan yang menemani keluarga Datuk Sosilawati.

 gambar kosmo

Tak dapat bayangkan mereka yang kehilangan tempat bergantung dan bermanja. Begitu juga keluarga tiga mangsa yang lain. Ketamakan manusia meragut kebahagiaan mereka. Tentu keluarga mangsa hidup dalam keadaan yang trauma dan mengambil masa yang panjang untuk menerima apa yang berlaku. Kita hanya mampu bersimpati. Semoga mereka redha dengan apa yang berlaku dan sama-samalah kita berdoa agar roh mereka yang terkorban dicucuri rahmat.