TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Saturday, September 11, 2010

Selepas 14 tahun... akhirnya...

14 tahun kami tak bersua muka. Kali terakhir... saya berkunjung ke rumahnya selepas dia bergelar isteri kepada jejaka yang dicintainya. Sahabat karib saya sewaktu menuntut di Maktab Perguruan dulu. Kami memang sangat rapat. Macam belangkas kata orang. Mana ada saya.. di situlah ada dia. Mana ada dia.. di situlah ada saya. Kalau tak bersama... ramai yang menyangka kami bergaduh. Alhamdulillah... sepanjang bersahabat... kami tak pernah bergaduh. Walaupun kini telah berjauhan dan hanya bertanyakan khabar sekali sekali... kami saling merindui. 

Masih cantik, anggun dan ramping seperti zaman anak dara walaupun sudah beranak empat...
Cikgu Yaya

Hubungan kami pernah disalahtafsir sebagai pasangan lesbian. Ada ke patut? Tak patut... tak patut! Kami masih mengenali tatasusila dan tidak pernah terpesong. Persahabatan kami luhur. Susah... senang... bersama. Hanya kerana jarak, waktu dan situasi... kami terpisah tapi... jiwa kami masih bersatu.

Cikgu Yaya datang berkunjung ke Ipoh sempena hari Raya yang mulia. Ada hikmahnya juga dia bertukar ke Kelantan mengikut suaminya. Kalau masih di Gombak... rasa-rasanya tentu kami masih tidak bersemuka. Sambil menyelam minum air. Dalam perjalanan nak pulang ke Kelantan... dia mengambil kesempatan menjenguk saya di Ipoh. Sudah pastinya pertemuan bermula dengan titisan airmata kerinduan yang lama ditahan.

Kami berbeza fizikal. Cikgu Yaya... spesis kedeking manakala saya spesis gebu. Bila tinggal sebilik mesti jadi masalah. Orang kedeking ni... tak tahan sejuk. Mulalah nak slowkan kipas tuuu. Yang spesis gebu ni mana tahan... mulalah kuatkan balik kipas sampai spesis kedeking ni pun boleh melayang. Selalunya... dialah yang mengalah. Orang kedeking kan boleh pakai baju atau selimut tebal-tebal. Takkan orang spesis gebu pula nak guna kipas tangan?

Memang tak puas rasanya bila yang bersua seketika. Lain kali datang tidur Ipoh yer Yaya. Boleh kita borak lama-lama mengimbau kenangan lalu. Semoga sahabatku ini tabah menghadapi kehidupan dan berbahagia bersama keluarga tercinta. Kalau ada rezeki jadi Guru Besar... janganlah lupa kawan-kawan tauuu.