TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Friday, April 9, 2010

Bila cikgu dan murid bertentang mata - diri mengelak bertegur sapa

Luahan ini adalah mengenai entri ini. Mana boleh saya biarkan perkara begini berterusan. Sungguh! Saya memang tak kisah jika dia membenci. Yang saya tidak sanggup jika dia berjauh hati. Setiap kali bakal bertembung di sekolah, dia seolah-olah melarikan diri. Apa agaknya bersarang di jiwanya? Bencikah? Malukah?  Sungguh tidak tenang rasa di hati ini.

(gambar google)

Perlukah saya memanggilnya berdepan. Mengulas apa sebenarnya yang ingin di sampaikan. Maklumlah... kadangkala tulisan tidak menjelaskan segalanya. Takut apa yang hendak di sampaikan tidak di fahami sepenuhnya. Bimbang pula jika dia menyangka.. cikgu membencinya.

Sesungguhnya dia adalah seorang pelajar yang berpotensi. Untuk mendapat 5A mungkin ada harapan. Takut ilmunya tidak sampai jika perangai buruk berterusan. Dia juga adalah ketua.. yang patut menunjukkan contoh sebaiknya. Alhamdulillah.. selepas teguran di buat.. sikap buruknya ada juga berubah. Ikhlas atau tidak tidak tahu lah pula. Jangan pula dia mengulangi lagi. Cuma dia masih tidak tahu membawa diri... untuk  membezakan komen untuk guru tidak sama komen untuk rakan. Hormatilah setiap gurumu.