Manusia memang tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Samaada secara sengaja atau tidak... kita tidak patut malu untuk mengaku kesilapan yang di lakukan. Menangani kesilapan adalah langkah terbaik daripada berpura-pura menganggap tiada apa yang berlaku. Bagaimanakah caranya untuk menangani kesilapan?
Terima kesalahan yang di lakukan
Sebagai manusia normal, kita akan merasa sedih dan kecewa sekiranya melakukan kesilapan. Yang penting, jangan biarkan keadaan sedih itu menghantui kehidupan kita. Ajarlah diri untuk menerima kesilapan sebagai satu pengalaman hidup yang memberi pengajaran kepada kita.
Akui hakikat bahawa kesilapan adalah lumrah kehidupan
Semakin banyak usaha yang di lakukan dalam mencapai kejayaan, sebanyak itu juga kesilapan sering di lakukan. Orang yang tidak pernah buat silap adalah orang yang tidak melakukan apa-apa. Tidak berbuat apa-apa pula merupakan satu kesilapan yang paling besar. Kejayaan bukanlah tidak melakukan sebarang kesilapan, sebaliknya tidak melakukan kesilapan yang sama untuk kali kedua.
Bersedia untuk meminta maaf
Meminta maaf merupakan perkara yang penting yang harus dilakukan sekiranya kita melakukan kesilapan. Kemaafan yang di pohon boleh memberi seribu ketenangan pada diri dan menyejukkan hati insan yang lain. Orang yang sukar memohon kemaafan dikategori sebagai seorang yang biadab dan tidak belajar daripada pengalaman.
Jika ia kesilapan peribadi, rahsiakanlah ia
Kesilapan yang tidak melibatkan orang lain. Kesilapan ditanggung oleh diri sendiri. Tidak perlu membuka pekung didada. Simpanlah rapat-rapat dalam hati sendiri dan pastikan usaha memperbaiki diri dilakukan'
Jika melibatkan orang lain
Berterus terang adalah langkah yang terbaik. Tunjukkan kepada mereka yang anda berusaha memperbaiki kesilapan diri.
Belajar darpada kesilapan
Elakkan 'pisang berbuah dua kali'. Renungkan apa sebenarnya yang berlaku. Minta bantuan orang lain jika anda tidak mampu menghadapinya secara persendirian.
(gambar google)
" Hanya lembah yang rendah mampu menadah. Air hanya akan pergi dan berkumpul di tanah yang rendah. Jika asyik meninggikan diri, susah untuk menadah ilmu. "
sumber: bacaan