TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Thursday, April 8, 2010

PENDIDIKAN SENI VISUAL - ORIGAMI ARNAB

Pendidikan Seni Visual Tahun 3 minggu ini meliputi bahagian C - membentuk dan membuat binaan. Tajuk 'Arnab kesayanganku' yang dihasilkan melalui origami. Untuk permulaan pengajaran (set induksi), guru-guru bolehlah bertanya kepada murid "haiwan apakah yang bertelinga panjang?". Guru-guru bolehlah menyuruh murid-murid mengeja perkataan arnab atau rabbit. Guru-guru juga boleh meminta murid-murid menyatakan sifat-sifat fizikal arnab.

Langkah-langkah:
1. Sediakan sekeping kertas berbentuk segiempat sama.

 

 2. Lipatkan kertas menjadi bentuk segitiga.


3. Lipatkan kiri dan kanan kertas merujuk kepada gambar di bawah.


4. Lipat bahagian hujung kertas ke dalam.


5. Lipatkan separuh bahagian yang dilipat tadi ke bahagian atas semula.


 

6. Guntingkan di bahagian hujung yang panjang menjadi dua bahagian. Lihat gambar.


7. Lipatkan bahagian yang digunting ke atas untuk membentuk telinga arnab.


8. Warnakan hasil dan jangan lupa untuk melukis mata arnab.


 SELAMAT MENCUBA