TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Saturday, March 20, 2010

ANAK DIDIKKU - CIKGU TERPAKSA BERTINDAK DEMI MASA DEPANMU

Dah tak sanggup bersabar. 
Dah lama memendam rasa. 
Semakin melampau! 
Tak boleh dibiar! 

Anak2 didikku.. tidakkah  kamu terfikir yang kamu akan menduduki peperiksaan UPSR tahun ini? Adakah kamu mengalami kejutan budaya akibat proses akil baligh yang dialami? Kenapa kamu semua semakin melampau?! Di sekolah.. kamu kelihatan seperti anak yang baik. Adakah ini realiti kamu sebenar?

Cikgu kecewa.. benar2 kecewa. Adakah cikgu gagal mendidik kamu? Kamu mungkin berjaya dalam pelajaran.. tapi zero dalam sikap. Semoga kamu tidak dapat keputusan yang menghampakan akibat sikap buruk kamu sendiri...


Tak sanggup membiarkan ia berlarutan lagi. Ini tindakan pertama cikgu. Menegurmu dari kiriman mesej. Sekali pun cikgu tak teragak-agak... untuk terus berjumpa ibu bapa kamu.. sekiranya kelakuan kamu masih begitu. Cikgu ada bukti. Berubahlah kerana kesedaran.. bukan kerana ugutan. Kalau kamu memilih untuk membenci cikgu.. cikgu RELA. Suatu hari pasti kamu akan sedar.. ini semua untuk kebaikanmu...