TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Friday, March 19, 2010

Kutuk Paras Rupa - Kutuk Siapa Sebenarnya?

- badan hitam LEGAM!
- hidung kembang macam hidung b***!
- Badan pun dah macam TONG DRUM!
Muka cam S***!
Budget cutelah tu.. P******G aku lagi cantik!

Opppsss... terlebih sudah. Jangan sangka lah pula saya tengah maki seseorang. Di atas cuma ayat contoh. Ayat yang  terkeluar/ tertulis/ terkutuk ('ter' ke atau dengan niat?) apabila seseorang itu tengah marah atau bengang dengan seseorang. Yang tak marah pun ader.. busuk hati nak  kutuk2 orang.
ko kata nenek buruk ehhh? Tahu tak SIAPA yang cipta nenek? Jadi CIPTAAN SIAPA yang ko hina erk? Fikir-fikirlah cu..
(gambar google)

Kenapalah manusia selalu buat dosa kering? (dosa pun ada kategori erk?). Dalam kes di atas, dua dosa yang telah dilakukan. Pertama, paras rupa yang dikutuk tu ciptaan SIAPA ya? So... siapa yang kita kutuk sebenarnya eh? Kedua, mengutuk adalah dosa sesama manusia.. yang akan terampun hanya jika kita meminta maaf darinya.

Jadi, fikir2kanlah sebelum mengamuk gila. Jangan nanti amal amalan kita tersangkut di SANA kerana perkara2 yang kita anggap REMEH seperti di atas. Kalau mengamuk... istighfar bebanyak... pahala pun dapat.