TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Tuesday, April 6, 2010

Ardinihumaira - Sepupu Misha Omar?

Sungguh! Sejibik sebijik macam Misha Omar. Kalau lihat dalam gambarnyer di blog. Berdepan-depan tak tahu lah pula. Tak pernah bertentang mata kerana dia jauh di sana. Negeri Timur Malaysia. Cubalah teka. Jom-jom kita cari 10 persamaan antara gambar ini.

Misha Omar dulu-dulu
(gambar google)

Misha celup.. jangan marahh arr.. curi gambar Dini.. caaaabuttt..

Perkenalan yang bermula dari contest yang dianjurkannya. Adik Dini ni memang murah hati. Ader je benda yang dia nak kongsi. Walaupun hanya sekadar gambar. Moga murah rezeki. Menurut laporan dia seorang pelajar. Jangan tak tahu dia ada bisnes online. Gigih betul adik ini. Entri-entrinya pula banyak menceritakan perkara yang berlakukan di sekelilingnya. Ada tutorial juga. Pendek kata, macam-macam ada. Seronok berkunjung ke blog Dini ni. Ayat-ayat dia simple jer. Senang nak faham. Di tambah pula dengan animated pictures yang comel sepertinya. Memang ceria.

Tak rugi berkunjung ke blog Ardinihumaira ni. Orangnyya pun mesra rakyat. Dah berapa blog yang dia terjah.. dialah pengomen yang tegar. Sayangnya dia sudah berpunya (hehehe.. bocor rahsia). Hatinya telah dimiliki. Melepaslah peluang dikkk. Bercerita banyak-banyak pun tak guna. Biar blog dia menceritakan selaganya. Hahhh.. apa lagi tu.. pergilah terjah! Klik jer mana-mana Ardinihumaira dalam artikel ini.