TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Wednesday, April 7, 2010

Peganglah Tangannya - Jika sayang menjadi pegangan

Seorang gadis kecil dan ayahnya sedang menyeberang jambatan. Sang ayah yang takutkan keselamatan anaknya seraya berkata..."Sayang, sila memegang tangan ayah supaya kamu tidak jatuh ke sungai". Si gadis kecil membalas mesra, "Tidak ayah..., ayah yang patut memegang tangan saya". "Apa bezanya?"si ayah bertanya bingung. "Ada perbezaan besar ayah..." jawab gadis kecil. "Jika saya memegang tanganmu dan sesuatu terjadi pada saya, berkemungkinan saya akan melepaskan tanganmu.  Tapi jika ayah memegang tangan saya,  saya tahu pasti bahawa apa pun yang berlaku, ayah tidak akan membiarkan  pergi. "

 (gambar google)

Begitulah jika dalam kehidupan ini. Peganglah tangan orang yang anda cintai dan menyintai anda itu. Jangan berharapkan mereka memegang tanganmu. Sekiranya benar-benar sayang yang menjadi pegangan. Usahalah sehabis mampu. Insyaallah... pengorbanan yang anda berikan.. menemui kebahagiaan. Biar sakit, biar perit... kerana pepatah berkata... yang pahit itu penawarnya.