TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Tuesday, April 6, 2010

47 Anak Luar Nikah DiLahirkan Setiap Hari Di Malaysia


Setiap hari yer. Kalau seminggu dah berapa? Belum didarab sebulan.. setahun? Ini email yang saya terima daripada paksuu. Terima kasih paksuu.
" Dalam media hari ini Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim, berkata bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada 2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di JPN manakala pada 2007 seramai 16,100 orang. tahun lalu, JPN mencatatkan 74,723 pendaftaran anak luar nikah adalah membabitkan orang Melayu/Islam.

Ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). “Sepanjang tempoh ini, 214,033 bayi pelbagai bangsa didaftarkan dengan status anak tidak sah taraf, termasuk kes anak yang tidak berbapa 104,834 orang dan 109,199 orang mengikut Seksyen 13, Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299),” katanya kepada media. "

Bagaimanalah untuk membayangkan dunia di perintah oleh anak-anak luar nikah ini? Inikah yang dinamakan kebebasan. Kebebasan yang di katakan sebagai hak manusia. Hak manusia melakukan apa sahaja. Memang anak yang lahir itu tiada salahnya. Namun, kita sendiri sedia maklum natijahnya. Rasanya tak perlulah berbicara dari segi hukum agama. Rasanya tiada agama yang menghalalkannya.

Tak dapat saya bayangkan... satu hari nanti sekolah akan dipenuhi dengan anak-anak sebegini. Apakah yang akan terjadi. Yang ada sekarang pun dah bermacam-macam rupa. Bagaimana pula dengan 'mereka'?

Anak memang anugerah terindah.. tetapi perlukah mereka di perolehi dengan cara yang tidak sah?