Koyak bukanlah sesuatu perkara yang menyenangkan apalagi bila berlaku di tempat yang terbuka. Kalau setakat koyak kertas di tempat terbuka pun masih boleh menarik perhatian orang ramai... apalagi jika melibatkan pakaian yang terkoyak. Kena pula siap dengan bunyi yang sikit punya sakit hati mendengarnya. Mana nak cover???
Nafsu ni kan.. bukan kira apa jenis sekali pun. Anak kecil, orang tua, orang kurang upaya, orang gila hatta yang sesama jantina pun boleh jadi mangsa kerakusan. Orang gila seks niii... apa dikira. Yang dia tahu... nafsunya terlampias. Tak kira barang... binatang pun jadi juga.
Bukan kerana terlampau ketawa. Tak tahu di mana masalahnya. Sejak akhir-akhir ni.. perut ni kejang tetiba. Sakitnya jangan ceritalah. Dah cakap kat doktor.. bukan rasa sakit nak bersalin tapi tetiba perut tu mengeras semacam jer. Kalau mengeras pula.. makan masa yang lama pula tuuu.
Tak tahulah penyakit apa namanya niii. Ada yang kata 'kuku buruk'. Ada juga yang panggil cengkam. Selalunya... jadi kat ibu jari kaki namun tak mustahil berlaku pada kuku jari tangan. Orang kata... puncanya kerana kuku terlebih potong hingga mengcengkam isi jari. Akibatnya...isi jadi merah.. bernanah dan jika dibiarkan berlarutan... kuku pula menjadi hitam. Ishhh... kalau hitam kuku tu... memang buruk jadinya...
Semput! Itulah yang boleh saya katakan bila bercerita pasal chatting di Yahoo Messenger. Terus terang... saya jarang sekali berchatting. Bertembung dengan pengalaman yang memualkan membuatkan saya serik! Masa mula-mula berkenalan dengan dunia maya ni... saya memang naif sangat. Sangka saya... semuanya jujur dan ikhlas. Tak sangka... memang banyak rupanya makhluk yang terdesak!