TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Wednesday, November 2, 2011

Kenapa menafikan hak sendiri ?

Bila berada dalam kumpulan wanita yang tertindas.. apalagi yang mampu diberi selain rasa simpati. Kena-kena pula mereka ini terdiri daripada golongan isi rumah yang tidak bekerja. Kalau suami kata "Engkau.. kalau aku tak tanggung.. mampus merempat!".. pun sanggup ditelan dan terima hakikat apa yang dikatakan suami itu benar. 

Susah juga nak melahirkan pendapat bila tak berada dalam situasi yang sama seperti mereka. Golongan ini cukup takut bertindak. Kata putus memang 100% ditangan suami. Dipijak.. ditindas.. mereka terima apa yang ditakdirkan. Dibelakang memberontak tapi didepan menikus.

Dihalau keluar sehelai sepinggang pun turut sahaja. Tak berani menyentuh apa yang ada dalam rumah dengan alasan itu semua hasil titik peluh suami. Tak bekerja bukan bermakna isteri tiada satu hak pun ke atas harta yang ada. Masalahnya.. golongan begini memang menafikan hak sendiri.

Kerana itulah wujudnya harta sepencarian. Walau bercerai sekalipun.. isteri yang patut tinggal dalam rumah yang ada. Suami yang patut angkat kaki tapi sekarang selalunya dah terbalik. Kalau suami nak halau juga.. kebaslah apa yang boleh kebas. Jangan biar diri sendiri jadi mangsa. 

Suami yang suka menindas ni.. dah begitu perangainya. Dia takkan ambil tahu kebajikan isterinya. Yang isteri pandai-pandailah bertindak agar tidak terus menjadi mangsa. Kalau biarkan diri dipijak-pijak.. tak perlulah keluh kesah bercerita meminta bantuan orang lain. Cuba bangun dan ubah nasib sendiri. Banyak lagi yang di luar sana yang bahagia bila tahu di mana haknya. 

Kalau dah tahu suami jenis yang susah beri nafkah.. tinggal je anak-anak yang ada. Anak dia pun.. pandai-pandailah dia. Kalau nak bawa juga.. sedialah tanggung risiko untuk sara anak-anak tu. Tuntutan pun bukan jaminan duit nafkah diterima seperti yang diarahkan.

Memang tempat isteri di sisi suami tetapi suami yang bagaimana? Jika anak yang dikhuatiri kehilangan kasih sayang seorang ayah.. bagaimana pula dengan pembesarannya bila berada dalam situasi yang sebegini? Jangan disebabkan ibu yang sebegini.. nanti akan wujudnya pula pelapis seperti ayahnya itu.