Bukan buat cara sendiri. Anak-anak.. kalau tak dipantau.. itulah rupanya.
Kisah Along ambil air sembahyang. Bukan tak tahu.. tapi dah namanya budak. Ikut dan dia je. Selama ni.. saya ingat dia buat le macam ustaz ajar. Rupa-rupanya.. dia guna teknik baru!
Masuk bilik air.. tak sampai seminit dah keluar. Express sungguh! Nak kata guna teknik P.Ramlee basuh tepi mata jer.. ambil wudhu takda pula melibatkan bahagian mata sahaja. Bukan tak pernah pantau sebelum ni. Memang dah faham dah perangainya. Ingatkan mahu diikut seperti yang dipesan tapi jadi kes syok sendiri tak habis-habis.
Itu belum cerita bab sembahyang. Dah pesan arah kiblat tak boleh diubah-ubah.. dia tak peduli juga. Mana dan jer dia nak bentang sejadah tu. Maka.. automatik le ibunya jadi Tarzan.
Bagaimana pula dengan pengalaman anda? Yang ada anak yang sudah remaja.. pastinya ada kenangan tersendiri. Bagaimanakah anda mendidik mereka supaya patuh dengan ajaran yang ditetapkan?
Kongsi-kongsilah di sini..