Bukan kes murid lemah tu. Kenyataan kes yang diheboh-hebohkan tu telah diketahui kebenarannya tetapi seperti biasa berita yang tak betul itu lebih gempak daripada berita susulan. Ramai yang membidas dan mengulas terutama termasuk blogger-blogger yang ada tapi boleh dikira dengan jari individu yang tampil memaklumkan cerita disebaliknya.
Lempar batu.. sembunyi tangan..
Saya tak tahu setakat mana seseorang boleh dihalang menduduki peperiksaan bila ianya melibatkan pengurusan Institut Pengajian Tinggi. Yang saya tahu.. walau sakit di hospital sekalipun.. seseorang itu masih dibenarkan menduduki peperiksaan. Sila betulkan jika saya salah~
Alasan yang diberi.. tak relevan langsung. Kecederaan yang ditanggung menghalangnya daripada menduduki peperiksaan yang ada. Kalau cuti sakit sekalipun.. rasanya sama seperti kes di hospital. Kalau individu yang berkenaan ingin menduduki peperiksaan.. itu adalah haknya. Bagaimana dia nak menjawab soalan tersebut pun terpulang padanya juga.
Rasa ralat juga bila tiada alternatif lain yang diberikan dengan alasan tak pernah berlaku kes seperti ini. Tak pernah berlaku.. itu lain cerita.. bila dah berlaku.. takkan berpeluk tubuh sahaja?
Sudah jatuh.. ditimpa tangga jadinya. Tiada pihak pun yang tampil menghulurkan bantuan. Yang disyorkan hanyalah duduki peperiksaan ulangan atau tangguh pengajian. Dah semester akhir.. mahu tak patah hati kawan tu.
Doakan urusan adik saya dipermudahkan.