TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Friday, November 11, 2011

Bila hak seorang anak dinafikan - Luahan hati seorang ibu

Bila sendiri mengalami.. rasa ralat sedikit sebanyak bertandang. Saya cuba muhasabah diri. Mencari ikhtibar yang harus diambil daripada ketentuan yang ditetapkan. Perasan seorang ibu bila melibatkan perjalanan hidup anaknya. Saya tak mahu anak saya mempunyai pengalaman seperti saya ketika membesar dulu. Saya bertuah kerana dapat fikir baik dan buruk apa yang saya lalui dan ianya menjadikan saya seorang yang kental.

Tapi.. bagaimana pula dengan anak saya?

Adakah dia cukup kuat seperti saya?

Dah berapa kali haknya sebagai seorang anak kecil yang sedang membesar dinafikan. Saya berdiam diri. Tak berani untuk mempersoalkan. Saya juga seorang guru.. saya takut saya juga tersilap langkah.

Saya akui anak saya sedikit nakal daripada anak-anak yang lain. Adakah itu alasan yang cukup kukuh untuk menghalang dia menyertai sebarang aktiviti yang ada. Apalah yang diketahui oleh seorang anak? Saya acap kali pekak kan telinga bila orang mengutuk anak saya berdepan (orang tak tahu itu anak saya). Rupa-rupanya ini pandangan masyarakat dan itu yang harus saya telan.

Pernah beberapa kali anak saya dihalang mengikuti rombongan sekolah sebab cikgu takut tak dapat kawal dia. Kalau nak jadi seorang ibu yang banyak songeh.. boleh saja. Saya tak marah menghalang tapi janganlah bercerita tentang rombongan tersebut kepada anak saya. Seharian dia merajuk sebab cikgu tak bagi ikut katanya. Sebagai seorang ibu.. apa yang mampu saya lakukan selain memarahinya? (pujuk tak jalan)

Bila terpilih mewakili peringkat kebangsaan untuk perlawanan futsal.. ramai ibu bapa lain yang mempertikaikan. Beberapa kali semakan dilakukan semula kerana mereka tak percaya. Memang rasa sedih sangat-sangat masa tu. Juri Kebangsaan punya keputusan.. kenapa nak pertikaikan. Anak saya memang tak cukup bagus tapi mungkin ada kelebihan yang juri lihat tapi orang lain tak nampak.

Untuk peringkat Kebangsaan.. cikgu yang akan bawa murid berlatih tapi itu tidak berlaku pada anak saya. Saya tak faham kenapa anak saya dihalang? Bercerita tidak.. apa pun tidak. Tak ingin mengeruhkan keadaan.. saya anggap itu bukan rezeki anak saya.

Dan pada hari ini hati seorang ibu terguris lagi. Menghadiri Majlis Graduasi anak saya semata-mata melihat dia menerima sijil dan melihat anak orang lain membuat persembahan. Anak saya tak memasuki apa-apa acara pun dan saya tahu sebabnya. Tapi.. sekali lagi.. adakah itu alasan itu menafikan hak seorang anak yang masih kecil?

Mungkin saya yang silap percaturan. Anak saya membesar tanpa mendapat haknya. Masih tak pandai membaca dan menulis walaupun tiga tahun bersekolah.

Mungkin ada sesuatu yang harus saya belajar daripada pengalaman ini. Sebagai seorang guru.. saya akan cuba memastikan saya tidak melakukan perkara yang sama pada anak didik saya. Saya tahu perasaan itu. Dianaktirikan oleh orang sekeliling terutama oleh mereka yang diharap dapat memberi didikan. Kesannya mendalam dan sampai kini masih terpahat di ingatan saya.

Doa saya hanyalah satu.. semoga anak saya mempunyai kekuatan seperti saya dan sentiasa berfikiran positif bila dia membesar nanti. Semoga apa yang dia lalui menjadikan dirinya seorang individu yang tabah sepanjang perjalanan hidupnya.